Jumlah kenderaan meningkat atas jalan raya sejak Isnin

October 15, 2021 · Isu semasa

Selepas kebenaran rentas negeri dibenarkan, aliran trafik seluruh negara mencatatkan peningkatan dengan dilaporkan sebanyak 3.8 juta kenderaan dikesan merentas sempadan negeri sejak Isnin lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan kerajaan membenarkan orang ramai merentas negeri pada 10 Oktober lalu selepas kadar vaksin lengkap populasi dewasa mencecah 90 peratus.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, mengikut data yang direkodkan kelmarin (Rabu), tiga lebuh raya utama iaitu Lebuh raya Utara Selatan merekodkan 1,075,408 kenderaan, Lebuh raya KL-Karak (97,758) serta Lebuh raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) (34,041).

Katanya, tinjauan trafik di tujuh plaza tol utama pada hari berkenaan juga mendapati berlaku peningkatan ketara jumlah kenderaan berbanding Rabu lalu.

Beliau berkata, Plaza Tol Gombak menunjukkan peningkatan kenderaan paling mendadak sebanyak 108 peratus iaitu 57,719 berbanding 27,204 kenderaan pada Rabu minggu lalu (6 Oktober).

“Plaza Tol Jalan Duta menunjukkan peningkatan 27 peratus iaitu 54,733 kelmarin berbanding 43,138 kenderaan pada 6 Oktober lalu, manakala Plaza Tol Sungai Besi meningkat 30 peratus iaitu 35,881 berbanding 27,501 kenderaan.

“Plaza Tol Skudai meningkat 13 peratus iaitu 18,336 berbanding 16,213 kenderaan dan Plaza Tol Juru meningkat 27 peratus dengan 39,068 berbanding 30,668 kenderaan.

“Plaza Tol Bentong turut menunjukkan peningkatan 52 peratus dengan 40,039 berbanding 26,415 kenderaan, manakala Plaza Tol Karak merekod peningkatan 31 peratus iaitu 9,561 berbanding 7,278 kenderaan sebelum ini,” katanya lapor sebuah portal.

Mohd Nadzri berkata, Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) dan syarikat pengendali lebuh raya sentiasa memantau status pergerakan trafik dan memastikan pengguna mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di kemudahan disediakan sepanjang lebuh raya.

“JSPT juga bekerjasama dengan syarikat konsesi lebuh raya bagi tujuan itu.

“Tindakan advokasi dan penguatkuasaan akan dilaksanakan kepada masyarakat serta pengguna jalan raya,” katanya.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
12 jam lalu· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Pemandu langgar motosikal ditunggang empat beranak didenda RM6,000
December 13, 2023· Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans
June 22, 2021
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
12 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok