[KEMAS KINI] 87 kematian, 10 kluster baharu sektor perkilangan dikesan

June 6, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 87 kematian baharu dilaporkan akibat Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, jumlah kematian hari ini menurun berbanding 109 kes yang direkodkan semalam.

Beliau berkata, dalam tempoh itu juga 5,133 kes dilaporkan sembuh menjadikan kes kumulatif keseluruhan pesakit yang sembuh adalah 526,809 atau 85.4 peratus daripada kumulatif kes positif.

“Jumlah kes aktif Covid-19 setakat ini ialah 86,628. Seramai 890 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 444 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 30 kluster baharu dilaporkan hari ini dengan 18 daripadanya adalah kategori kluster tempat kerja membabitkan 10 kluster sektor perkilangan.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan majikan untuk sentiasa meningkatkan kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), agar dapat mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan di samping membendung penularan Covid-19.

Beliau berkata, daripada 30 kluster baharu yang dilaporkan itu, lapan direkodkan di Johor, Sabah (enam), di Selangor (lima), Kelantan (empat), masing-masing dua di Pulau Pinang serta Melaka, dan masing-masing satu di Kedah, WP Putrajaya, Pahang, Perak.

Berita berkaitan
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023· Isu semasa
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Popular
BM tiada nilai, tak guna belajar: Ridhuan Tee perjelas sikap Cina
February 6, 2023
Banjir mula landa Kuantan, 1,310 mangsa dipindahkan ke enam PPS
February 6, 2023
Belum ada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye, Syria
February 6, 2023
Pemandu lori ditahan polis muat naik video fitnah dalam TikTok
February 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Paras air lima sungai melebihi tahap bahaya, mangsa banjir meningkat
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir mula landa Kuantan, 1,310 mangsa dipindahkan ke enam PPS
11 jam lalu · Isu semasa
Kes Ebit Lew: Pendakwa dijangka panggil saksi baharu esok
12 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 perlu peruntukan lebih besar untuk rangsang ekonomi: MB Johor
12 jam lalu · Isu semasa
Belum ada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye, Syria
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok