Jumlah kematian semakin turun

June 28, 2021 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menunjukkan penurunan apabila merekodkan 57 kes, berbanding 60 kes semalam dan 81 pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian di Negeri Sembilan meningkat kepada 13 pesakit berbanding empat yang dilaporkan semalam, namun kes di Selangor kekal tinggi dengan 15 kematian.

Beliau berkata dalam tempoh itu sebanyak 4,744 kes sembuh menjadikan kumulatif 672,453 kes, manakala 5,218 kes baharu dicatatkan yang turut membabitkan tujuh kes import.

“Sebanyak 61,812 kes masih aktif. Jumlah pesakit dirawat di unit rawatan rapi ialah 899 orang dengan 451 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh itu 22 kluster baharu dikesan menjadikan kes aktif kepada 880 sementara 1,914 lagi sudah ditamatkan.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, 16 daripada 22 kluster baharu itu membabitkan jangkitan di tempat kerja, manakala selebihnya dikesan di dalam komuniti.

Selangor merekodkan empat kluster tempat kerja diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (tiga); Johor dan Sarawak masing-masing tiga kluster tempat kerja dan komuniti; Negeri embilan dan Melaka masing-masing dua kluster tempat kerja; Kedah (dua – tempat kerja dan komuniti); Kelantan (dua – tempat kerja dan komuniti); dan Terengganu (satu – komuniti).

Data 27 Jun 2021

Data 28 Jun 2021

 

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
4 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
1 jam lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok