Jumlah individu dewasa lengkap divaksin hampiri 90 peratus

October 8, 2021 · Isu semasa

Jumlah individu dewasa yang kini menerima suntikan vaksin Covid-19 sama ada yang telah lengkap atau mendapat sekurang-kurangnya satu dos semakin meningkat dan menghampiri sasaran 100 peratus.

Berdasarkan status yang dikemas kini dalam laman sesawang COVIDNOW hari ini, sehingga semalam 7 Oktober 2021, sebanyak 89.1 peratus atau 20,856,337 individu dewasa berusia 18 tahun ke atas telah lengkap divaksin.

Dalam tempoh sama juga, sebanyak 94.6 peratus atau 22,153,302 individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 5.4 peratus lagi belum divaksin.

Keseluruhannya 42,900,195 dos vaksin diberikan kepada golongan itu dengan semalam sahaja sebanyak 86,639 dos diberikan, membabitkan 69,769 penerima lengkap divaksinasi, dan 16,870 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja pula, seramai 147,938 atau 4.7 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun melengkapkan dos kedua, manakala 68.5 peratus atau 2,156,345 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak dilancarkan 20 September lalu hingga semalam, 2,304,284 dos vaksin diberikan menerusi PICK Remaja, dengan semalam sahaja sebanyak 110,008 dos diberikan kepada 18,786 remaja yang melengkapkan dos kedua, manakala 91,222 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Secara keseluruhannya, lebih 45.2 juta dos vaksin telah diberikan kepada penduduk Malaysia sejak PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu.

Daripada jumlah itu, 24,309,648 atau 74.4 peratus individu menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 21,004,275 atau 64.3 peratus lagi melengkapkan dos kedua.

Semalam, sebanyak 196,647 dos diberikan membabitkan 88,555 individu melengkapkan suntikan masing-masing, manakala 108,092 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Dari segi jenama vaksin pula sehingga kini 50.0 peratus membabitkan vaksin Pfizer, Sinovac (41.6 peratus); AstraZeneca (8.1 peratus); dan vaksin dos tunggal Cansino (0.2 peratus).

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
18 jam lalu· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,083 kes semalam, 12 kematian
9 minit lalu · Isu semasa
RUU Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 lulus
9 minit lalu · Isu semasa
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
10 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok