Jumlah dagangan tahun ke tahun Jun 2022 capai paras RM270.39

July 24, 2022 · Isu semasa

Malaysia berupaya mengekalkan momentum positif pertumbuhan ekonomi susulan kejayaan mencatat pertumbuhan dua angka bagi jumlah perdagangan sebanyak 43.3 peratus bagi tahun ke tahun pada Jun 2022 yang mencapai paras tertinggi sebanyak RM270.39 bilion.

Ketika berkongsi keyakinan itu, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata momentum itu didorong oleh segmen eksport yang dipacu oleh prestasi memberangsangkan bagi eksport domestik dan eksport semula.

“Dengan keazaman padu dan tanggung jawab bersama, saya yakin Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan mengekalkan momentum positif dalam menyongsong arus untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara,” kata Mohamed Azmin dalam ciapan menerusi Twitter beliau, hari ini.

Pada Jun lepas, eksport Malaysia meningkat sebanyak 38.8 peratus tahun ke tahun kepada RM146.16 bilion iaitu pengembangan untuk bulan ke-22 berturut-turut sejak September 2020 manakala import melonjak 49.3 peratus tahun ke tahun kepada RM124.23 bilion.

Dalam ciapan seterusnya, Mohamed Azmin turut mengulas laporan berita mengenai Dewan Perdagangan dan Industri Kesatuan Eropah (Eurocham) Malaysia berkenaan pemindahan teknologi automasi terkini dari Eropah ke Malaysia secara berterusan.

Pada 22 Julai, Eurocham Malaysia berkata komuniti perniagaan Eropah berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menyokong pemulihan perniagaan secara aktif serta menangguhkan syarat bahawa sekurang-kurangnya 80 peratus tenaga kerja tempatan ditempatkan dalam sesebuah syarikat selama dua tahun.

“Sejajar dengan komitmen kita untuk menyokong pemulihan perniagaan secara aktif, MITI mengambil keputusan yang proaktif serta praktikal bagi memastikan kelangsungan perniagaan yang mampan.

“Kita akan terus melakukan libat urus dan mendengar pandangan pihak berkepentingan bagi memacu pemulihan ekonomi negara menerusi pelbagai aktiviti termasuk sesi dialog dengan dewan perdagangan dan industri dalam memastikan kemakmuran bersama untuk semua,” kata Mohamed Azmin. – Bernama

Berita berkaitan
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
8 jam lalu· Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
18 jam lalu· Isu semasa
Belum jumpa formula, Rafizi mungkin sudah terkena sihir UMNO
January 24, 2023· Politik
Harga bahan mentah naik punca pengusaha naik harga makanan: MAPIM
January 23, 2023· Isu semasa
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Hakim baharu dalam rayuan bekas menteri Sabah terhadap sabitan dan hukuman
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
24 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023 · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
January 27, 2023 · Isu semasa
Kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan untuk sebutan 27 Mac
January 27, 2023 · Isu semasa
LRT Ampang tergendala: landasan bengkok, struktur jejambat rosak
January 27, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
12 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok