JPN, PPD tak dibenar minta data markah PBD murid daripada guru

September 23, 2022 · Isu semasa

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tidak boleh lagi meminta data pemarkahan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) daripada guru-guru, susulan pelaksanaan sistem perekodan data yang dijangka bermula hujung tahun ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata sistem perekodan data itu, yang merupakan satu platform untuk guru-guru memasukkan markah PBD pelajar Tahun Empat, Lima, Enam dan Tingkatan Satu, Dua, Tiga, bakal meringankan tugas guru kerana tidak perlu memasukkan data yang sama berulang kali, dalam sistem yang berlainan.

“Antara cabaran utama yang kita terima apabila guru-guru sampaikan pada kita (ialah) apabila masukkan markah PBD, perlu masukkan mengikut templat yang disediakan di peringkat sekolah, kemudian PPD pula minta supaya dimasukkan dalam sistem mereka, selang sekejap, JPN pula minta supaya dimasukkan ke dalam sistem mereka juga.

“Cikgu jadi kecewa bila nak kena masukkan benda yang sama berkali-kali,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Wadah Aspirasi Menteri Kanan Pendidikan, di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Radzi berkata platform yang sedang dibangunkan itu akan membolehkan data pelajar hanya dikongsikan antara guru dan Kementerian Pendidikan (KPM) sahaja, namun PPD dan JPN masih boleh mendapatkan data tertentu dengan kebenaran.

Beliau berkata pelaksanaan sistem itu kelak dapat menambah kecekapan sistem pendidikan serta membolehkan supaya tugasan guru itu dapat ditingkatkan efisiensinya.

Mengulas lanjut, Radzi berkata melalui data yang dimasukkan ke dalam platform khas itu, KPM boleh mengenal pasti sekiranya sesebuah sekolah itu memerlukan intervensi dari kementerian.

“Bila kita dapat data seluruh negara, kita boleh cerakinkan data ini mengikut negeri, PPD, kawasan dan sebagainya untuk kita lihat sekiranya perlu mendapat intervensi, katakanlah satu PPD ni, Bahasa Inggerisnya jauh ketinggalan dari yang lain, mungkin kerana tidak ramai guru Bahasa Inggeris di kawasan tersebut.

“Jadi kita boleh perincikan, cerakinkan mengikut keperluan kita.. melalui data tersebut membolehkan kita menyusun apakah intervensi yang bersesuaian,” katanya.

Sementara itu, ditanya adakah KPM bercadang untuk mewujudkan satu silibus khusus berkaitan rasuah susulan cadangan beberapa pihak yang mahu perkara berkaitan rasuah dimasukkan dalam sistem pendidikan, Radzi berkata nilai-nilai moral telah diterapkan kepada pelajar melalui pelbagai mata pelajaran.

“Apa paling pentingnya kita lihat dalam konteks yang ingin kita laksanakan kita sedar bahawa integriti, etika ini merupakan antara perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam sistem pendidikan kita,” katanya.

Berita berkaitan
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
June 8, 2023· Isu semasa
MP Putrajaya kongsi surat tular kepada pelajar minta tonton filem Anwar
May 24, 2023· Politik
Timbalan Menteri DAP gagal jawab soalan di Dewan Rakyat, elok letak jawatan
March 27, 2023· Isu semasa
Ini fitnah apa pula, soal Radzi berhubung isu kemudahan kereta bekas menteri
January 6, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
12 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
12 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok