JPM siasat dakwaan tiga ibu tunggal minta bantuan gereja

April 30, 2021 · Isu semasa

Kerajaan akan menyiasat dakwaan tiga ibu tunggal beragama Islam yang terpaksa memohon bantuan pihak gereja sejak beberapa tahun lalu setelah permohonan mereka kepada pusat zakat ditolak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau sendiri akan membantu ketiga-tiga ibu tunggal berkenaan jika diberitahu keadaan mereka.

“Kalau saya tahu, saya akan bantu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Semarak Lailatul Qadar dan Ramah Mesra Bersama Pengetua Tahfiz & Pondok Wilayah Persekutuan di Maahad Tahfiz Al Faridiyah di Taman Sri Rampai di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam sebuah portal berita melaporkan tiga ibu tunggal terpaksa memohon bantuan pihak gereja sejak beberapa tahun lalu selepas pihak zakat dan agensi berkaitan menolak permohonan mereka.

Pada Khamis, Malaysiagazette melaporkan tiga ibu tunggal mendakwa mereka tidak menerima bantuan sewajarnya daripada institusi zakat atau agensi berkaitan walaupun sudah berkali-kali membuat permohonan.

Wanita terbabit yang tinggal di sekitar Ampang turut mendakwa, mereka terpaksa memohon bantuan pihak gereja akibat dihimpit kesukaran hidup selepas bergelar ibu tunggal.

Berita berkaitan
Kalimah Allah: Gereja, paderi tarik balik semakan kehakiman
May 17, 2023· Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023· Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
March 26, 2023· Isu semasa
Menteri KBS kata pula jadi sasaran kerana dia Cina, DAP dan Kristian: Laporan
March 22, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok