JPA wajibkan suntikan vaksin, beri amaran kepada pegawai awam

September 30, 2021 · Isu semasa

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkan semua kakitangan Persekutuan mengambil suntikan vaksin Covid-19, bagi mengelak daripada tindakan tatatertib selaras dengan peraturan semasa yang berkuat kuasa.

Arahan itu dikeluarkan JPA menerusi Penetapan Syarat Vaksinasi Lengkap Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam hari ini.

Dalam kenyataannya JPA berkata, kakitangan kerajaan yang belum mengambil suntikan vaksin Covid-19 diarah berbuat demikian sebelum 1 November depan.

“Sehingga kini jumlah peratusan pegawai awam Persekutuan yang mengambil vaksin telah mencapai hampir 98 peratus, manakala kelompok mereka yang masih belum mendaftar untuk divaksin adalah kecil iaitu hanya 1.6 peratus atau 16,902 individu.

“Sehubungan itu JPA mewajibkan semua pegawai perkhidmatan Persekutuan untuk mengambil vaksin bagi memberikan keyakinan dan jaminan kepada orang awam serta memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat,” kata JPJ dalam kenyataan hari ini.

JPA berkata semua pegawai perkhidmatan Persekutuan dikehendaki segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 November 2021 dan dalam tempoh itu mereka hendaklah hadir secara walk-in di pusat pemberian vaksin (PPV) yang disediakan.

Bagi pegawai yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan, mereka hendaklah mengemukakan kepada ketua jabatan maklumat kesihatan yang telah disahkan pegawai perubatan kerajaan, kata JPA.

Sehubungan itu, JPA juga mengingatkan pegawai awam yang masih belum mengambil vaksin selepas tempoh yang ditetapkan tanpa pengecualian boleh dikenakan tindakan tatatertib.

“Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” kata JPA.

Berita berkaitan
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
Merungkai putar belit portal berita pro-DAP
January 25, 2023· Rencana
Isu kemasukan pelancong China, PM kata tiada diskriminasi
January 4, 2023· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
11 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
12 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
12 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
21 jam lalu · Isu semasa
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok