JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu

June 30, 2022 · Isu semasa

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan satu pasukan khas untuk mengkaji pelaksanaan waktu kerja empat hari seminggu berikutan permintaan menyeluruh daripada pelbagai pihak.

Ketua Pengarah JPA Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata tindakan itu dibuat kerana terdapat tuntutan daripada beberapa pihak yang inginkan kerajaan melihat perkara berkenaan dengan lebih terperinci.

“Pasukan itu akan menyelidik bagi pihak kerajaan sektor mana, serta waktu kerja maksimum dan minimum berdasarkan Akta Kerja 1955, sebelum membuat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan modul integriti penguatkuasaan (MIP) di Institut Integriti Malaysia (IIM) hari ini.

Menurut Bernama, Mohd Shafiq berkata untuk melaksanakan waktu bekerja empat hari seminggu itu, banyak perkara perlu diperhalusi kerana bidang pekerjaan yang ada sekarang ini sudah pelbagai selain jumlah hari bekerja dan masa rehat yang perlu diteliti.

“Dahulu beberapa negara di Eropah juga pernah melaksanakan cuti empat hari seminggu ini tetapi mengikut bidang kerja yang tertentu sahaja,” katanya sambil menegaskan kajian itu tidak akan mengambil masa yang lama.

Isu terbabit mula menjadi perhatian masyarakat apabila pada awal bulan ini sebanyak 70 syarikat melibatkan 3,000 pekerja di United Kingdom melaksanakan sistem bekerja empat hari seminggu namun masih menerima gaji penuh untuk sebulan.

Berhubung MIP, Mohd Shafiq berkata ia adalah usaha untuk meningkatkan kefahaman, penghayatan dan pembudayaan pegawai penguat kuasa di negara ini mengenai integriti.

“Ia juga menjadi medium penyumbang dalam memantapkan penerapan dan pengamalan nilai-nilai murni integriti dan tadbir urus yang baik dalam jentera pentadbiran kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Pembantu menteri dakwa sudah berbulan tak dibayar gaji: Laporan
July 2, 2023· Isu semasa
22,000 pesara kerajaan jadi mangsa scammer kerugian sejumlah RM850 juta
June 20, 2023· Isu semasa
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023· Isu semasa
Selepas pusingan U isu subsidi, kerajaan juga umum teruskan biasiswa JPA
June 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
7 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
7 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok