Johor, Terengganu ke Fasa 4 PPN, Langkawi dibuka kepada pelancong asing

October 22, 2021 · Isu semasa

Johor dan Terengganu menjadi negeri terbaharu beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Isnin ini, sementara Langkawi dipilih melaksanakan projek rintis gelembung pelancongan antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peralihan fasa itu mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini. Keterangan SOP terkini akan dikemas kini MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri juga mengumumkan kerajaan juga bersetuju dengan cadangan SOP Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi.

Sehubungan itu pelancong antarabangsa yang berhasrat memanfaatkan gelembung pelancongan antarabangsa perlu memenuhi syarat dan mematuhi SOP yang dibentang Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) yang merangkumi pra pelepasan, ketibaan dan penginapan dan pra pelepasan pulang ke negara asal.

Bagi pra pelepasan, ia membabitkan kumpulan sasaran terdiri daripada pelancong berkualiti, individu divaksin lengkap dan anak di bawah umur 18 tahun wajib hadir bersama-sama ibu bapa atau penjaga masing-masing yang divaksin lengkap.

Katanya, senarai negara dibenarkan tertakluk kepada Jabatan Imigresen (JIM), KKM dan Kementerian Luar.

“Tempoh tinggal adalah sekurang-kurangnya tiga hari, tiada syarat kuarantin dikenakan (terpakai untuk Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi saja), melakukan ujian PCR-RT Covid-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas manakala keputusan ujian wajib dalam bentuk digital atau cetakan.

“Ia termasuk mempunyai insurans minimum AS$80,000 (RM332,000), wajib menggunakan khidmat pelancongan (pengendali pelancongan berlesen di bawah MOTAC), wajib mempunyai pasport dan visa Health Declaration Form LoU and Indemnity, memuat turun aplikasi MySejahtera dan mendaftar sebelum berlepas,” katanya.

Bagi syarat ketibaan dan penginapan pula, jika melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pelancong perlu melakukan ujian pengesanan air liur dalam masa 1 jam, 30 minit sebelum berlepas.

Katanya, jika terus ke Langkawi, pengunjung wajib melakukan ujian RT-PCR Covid-19 pada hari kedua dan jika positif akan terus dibawa ke pusat pengasingan, kuarantin atau hospital swasta (mengikut kategori).

Sekiranya melancong selama tiga hari, ujian saringan RT-PCR Covid-19 pada hari kedua sudah memadai dan ia boleh digunakan untuk berlepas pulang ke negara asal, manakala jika melancong lebih lima hari, wajib melakukan ujian saringan pada hari kelima dengan semua kos ditanggung sendiri oleh pelancong.

Ujian RT-PCR Covid-19 diperlukan bagi syarat pra pelepasan pulang ke negara asal iaitu 72 jam sebelum berlepas. Sekiranya melancong selama tiga hari, ujian saringan pada hari kedua boleh digunakan untuk berlepas pulang ke negara asal.

Ismail Sabri berkata projek rintis di Langkawi akan dijalankan selama tiga bulan bagi membolehkan KKM dan MKN menilai keberkesanannya sebelum dilaksanakan di pulau peranginan serta kawasan pelancongan lain.

Pulau peranginan itu hari ini merekodkan 36 jangkitan baharu Covid-19 menjadikan kes aktif kepada 271. Sebanyak 76 kes kematian turut direkodkan di Langkawi sejak awal tahun lalu hingga hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga meluluskan SOP kemasukan pekerja asing khususnya bagi memenuhi keperluan sektor perladangan.

Katanya, SOP itu akan dikuatkuasakan kepada semua sektor ditetapkan dan diluluskan mengikut kes oleh Jawatankuasa Pekerja Asing dipengerusikan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

“Kuota dan tarikh kemasukan pekerja asing bagi sektor pekerjaan lain adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat bersama kedua-dua menteri berkenaan,” katanya.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Kes kalimah Allah untuk Sarawak sahaja, Anwar silap: Baru Bian
May 17, 2023
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok