Johor pula melepasi 50 peratus individu lengkap divaksin

September 3, 2021 · Isu semasa

Hanya empat sahaja lagi negeri iaitu Perak, Kedah, Kelantan, dan Sabah yang belum mencapai 50 peratus daripada populasi dewasanya melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Pada 29 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan kadar pemberian vaksin di enam negeri dipertingkatkan melebihi 50 peratus menjelang hujung bulan September.

Ini kerana pada tarikh itu, Terengganu merekodkan sebanyak 46.2 peratus pemberian vaksin, Perak (46.5 peratus), Johor (44.9 peratus), Kelantan (43.2 peratus), Kedah (43 peratus) dan Sabah sebanyak 37.1 peratus.

Namun, kelmarin Terengganu menjadi negeri pertama daripada enam negeri itu melepasi peratusan sasaran itu apabila sudah mencapai 50.8 peratus atau 410,956 individu daripada populasi dewasanya telah melengkapkan dos vaksinasi masing-masing, berbanding 49.1 peratus yang dicatatkan pada 31 Ogos lalu.

Rekod yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini pula menunjukkan Johor menjadi negeri kedua daripada enam negeri berkenaan yang melepasi peratusan sasaran itu.

Data itu menunjukkan semalam sahaja 32,691 populasi dewasa di Johor telah melengkapkan dos vaksin masing-masing, sekali gus menjadikan 50.0 peratus atau 1,355,638 daripada jumlah penduduk negeri itu yang menerima dos kedua.

Empat negeri lagi belum mencapai 50 peratus, di mana Perak kini mencatat 48.9 peratus; Kedah (47.9%); Kelantan (47.6%); dan Sabah (41.5%).

Dari segi jumlah kumulatif pemberian dos vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada Februari lalu, sehingga kini 65.9 peratus atau 15,429,300 populasi dewasa telah melengkapkan dos masing-masing, dan 85.9 peratus atau 20,115,233 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Secara keseluruhannya lebih 35.51 juta dos, termasuk vaksin dos tunggal, telah diberikan kepada penduduk di negara ini.

Wilayah Persekutuan Labuan menjadi negeri tertinggi dari segi peratusan populasi dewasa melengkapkan dos vaksin apabila mencatatkan 94.7 peratus, diikuti Lembah Klang (94.1 peratus).

Semalam sahaja, sebanyak 369,280 dos vaksin diberikan, membabitkan 181,635 penerima dos pertama dan 187,645 dos kedua.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar oleh kerajaan campuran baharu
December 8, 2022
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
9 minit lalu · Isu semasa
1,616 kes baharu, empat kematian
3 jam lalu · Isu semasa
PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim
16 jam lalu · Isu semasa
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
16 jam lalu · Isu semasa
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok