Johor perintis kontrak berasaskan prestasi dalam pembinaan jalan RM601 juta

July 24, 2022 · Isu semasa

Johor merupakan perintis kepada perjanjian konsesi jalan raya yang menggunakan model kontrak berasaskan prestasi dengan anggaran kos RM601 juta.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata tempoh perjanjian kontrak di antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd itu telahpun bermula Jun lepas sehingga Februari 2026, lapor Bernama.

“Pendekatan holistik ini akan mengukur dengan lebih tepat indeks prestasi utama (KPI) perkhidmatan oleh syarikat yang dilantik sekali gus dapat memastikan jalan raya lebih berkualiti pada masa akan datang demi keselesaan pengguna Bangsa Johor.

“Selain itu, kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM126.23 juta tahun ini bagi menyelenggara jalan persekutuan di negeri ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata KKR turut meluluskan beberapa projek jalan raya di Johor termasuk Lebuhraya Pasir Gudang yang sedang dinaik taraf daripada empat lorong kepada enam lorong dari persimpangan Bandar Seri Alam Taman Rinting-Pasir Gudang dengan kos RM155 juta.

Beliau berkata tanjakan berarah (directional ramp) di persimpangan Senai Desaru Expressway (SDE)-Bandar Penawar juga sedang dalam pembinaan dengan kos RM129.2 juta.

“Selain itu, jalan pintas dari Kolej Matrikulasi ke Kawasan Perindustrian Tangkak di Jalan Muar-Tangkak-Segamat sedang dinaik taraf dengan kos RM269 juta.

“Sementara itu, pembinaan median, pusingan U dan kerja berkaitan sedang dibuat dari Parit Sempadan, Batu Pahat (Seksyen 21) – jambatan merentasi lebuh raya utara selatan (PLUS) (seksyen 34.5) melibatkan kos RM250 juta,” katanya.

Beliau berkata jambatan Kota Tinggi bypass juga sedang dinaik taraf dengan kos RM126.4 juta selain kerja pembaikan dan naik taraf jalan raya di hadapan Hospital Sultanah Aminah membabitkan kos RM800,000.

“Semalam saya berpeluang beramah mesra dengan warga Jabatan Kerja Raya di majlis makan malam Karnival Sukan JKR (SURYA) Se-Malaysia 2022 dan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof kerana sudi menjemput saya dan meluluskan projek-projek jalan raya di Johor,” katanya.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Paras sungai di Johor dan Terengganu lepas tahap bahaya
November 21, 2023· Isu semasa
Popular
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok