Johor, Pahang beralih fasa PPN mulai Jumaat ini

October 6, 2021 · Isu semasa

Johor dan Pahang akan beralih ke Fasa Tiga dan Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat ini setelah dipersetujui
Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang bermesyuarat hari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata peralihan fasa itu dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dan setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Johor hari ini melaporkan peningkatan jangkitan daripada 886 kes yang direkodkan semalam kepada 1,105 kes baharu, manakala sehingga semalam seramai 1,182 pesakit Covid-19 masih dirawat di hospital seluruh negeri dengan 67 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Negeri itu juga mencatatkan jumlah kes kematian kedua tertinggi selepas Selangor, sebanyak 3,372 kes, termasuk 403 pesakit Covid-19 meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital (BID).

Sementara Pahang pula hari ini merekodkan penurunan jangkitan daripada 696 kes yang dicatat semalam kepada 511 kes hari ini. Seramai 421 pesakit dirawat di hospital seluruh negeri itu sehingga semalam, termasuk 19 di ICU. Sehingga kini negeri itu merekodkan Pahang 603 kematian termasuk 75 kes BID.

Hishammuddin juga memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa Tiga dan Empat adalah sama dengan sebelum ini.

Maklumat mengenai SOP terkini akan dikemas kini di laman sesawang www.mkn.gov.my.

Hishammuddin berkata mesyuarat itu turut bersetuju untuk membenarkan beberapa kelonggaran baharu termasuk waktu pengoperasian pasar borong, upacara mengikat thaali di rumah ibadat kuil dan pernikahan kudus (Holy Matrimony) dalam tempoh PPN, berkuat kuasa 9 Oktober ini.

“Waktu beroperasi pasar borong di Fasa Dua dan Fasa Tiga dibenarkan mengikut syarat lesen dan permit pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti mana yang ditetapkan dengan syarat pekerja divaksin lengkap dan mematuhi SOP sedia ada,” katanya.

Mengenai pelaksanaan upacara mengikat thaali dan pernikahan kudus, beliau berkata Kementerian Perpaduan akan memaklumkan Persatuan Agama Hindu dan Persatuan Agama Kristian berhubung SOP yang perlu dipatuhi.

Selain itu, Hishammuddin berkata pengoperasian aktiviti lelongan awam bagi barangan sandaran di bawah sektor pajak gadai berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga dibenarkan bermula 9 Oktober ini dengan syarat tertentu.

Syarat berkenaan termasuk pekerja dan pembida lengkap divaksin, hanya melibatkan 54 pelelong yang telah dikenal pasti di seluruh negara, terhad kepada 30 minit setiap sesi pada 1 dan 7 haribulan setiap bulan dengan ketetapan kapasiti pekerja dan pembida mengikut fasa.

Bagi Fasa Dua, hanya 60 peratus kapasiti pekerja dan 50 peratus pembida diikuti Fasa Tiga, 80 peratus kapasiti pekerja dan 80 peratus pembida, manakala Fasa 4 dibenar beroperasi dengan kapasiti 100 peratus bagi pekerja dan pembida.

Beliau juga memaklumkan sektor tembakau dan rantaiannya dibenarkan beroperasi bagi Fasa Dua PPN dan seterusnya.

Hishammuddin turut mengingatkan orang ramai untuk terus mengamalkan SOP, meningkatkan penilaian kendiri bagi melindungi diri sendiri dan masyarakat sekeliling daripada Covid-19.

“Dalam usaha negara #ReopeningSafely, perkara paling penting adalah untuk kita semua tidak cepat berasa selesa dan bersikap sambil lewa.

“Di sebalik semua kelonggaran telah diumumkan, hakikat yang harus kita hadapi adalah kita semua terpaksa hidup bersama virus Covid-19,” katanya.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok