Johor, Negeri Sembilan dilanda banjir, 640 mangsa dipindahkan

November 3, 2022 · Isu semasa

Johor, Pahang dan Sabah dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan menjadikan angka keseluruhan mangsa yang dipindahkan seramai 640 orang, setakat pagi ini.

Bagi Johor, dua daerah yang terjejas melibatkan Segamat dan Kota Tinggi dengan 93 mangsa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Al-Barakah, Kota Tinggi yang menempatkan 72 mangsa daripada 18 keluarga dibuka jam 10 malam tadi.

Ini menjadikan keseluruhan tiga PPS dibuka termasuk dua PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak dan Balai Raya Kampung Kuala Paya yang menempatkan 21 mangsa daripada enam keluarga di Segamat, sejak semalam.

Antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya di Segamat dan Kampung Sri Jaya serta Kampung Sri Delima di Kota Tinggi.

Sementara di Pahang, daerah Lipis dilaporkan banjir malam tadi menyebabkan 19 mangsa daripada lapan keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Lipis, Kapten (PA) Mohd Nor Azhar Yusof hujan lebat yang berlaku di kawasan Tersang menyebabkan berlaku limpahan air di Sungai Telang dan anak sungai di kawasan Kampung Lubuk Kulit.

Manakala di Sabah, jumlah mangsa banjir kekal 528 orang daripada 162 keluarga yang masih berada di tujuh PPS di tiga daerah iaitu Tenom, Beaufort dan Kunak.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan daerah Tenom menempatkan mangsa banjir teramai iaitu 443 orang daripada 139 keluarga yang dipindahkan ke lima PPS di daerah itu.

PPS di Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir di Beaufort pula menempatkan 57 mangsa daripada 17 keluarga, manakala Dewan Kampung Airport Tun Fuad di Kunak menempatkan 28 mangsa daripada enam keluarga.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022· Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022· Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Hujan lebat dan ribut petir diramal seluruh negara selama tiga hari
November 28, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
11 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
16 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
18 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
18 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok