Johor masih kaji ubah cuti hujung minggu Sabtu, Ahad

June 26, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Johor masih mengkaji rancangan melaksanakan semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad, berbanding Jumaat dan Sabtu sekarang ini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan mengenai penyelarasan itu tidak boleh dibuat secara melulu kerana ia melibatkan pelbagai pihak berkepentingan serta perlu mendapat perkenan daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau berkata penyelarasan semula cuti hujung minggu itu juga telah menjadi buah mulut rakyat di negeri ini serta pelbagai cadangan telah diterima, menurut Bernama.

“Pelbagai cadangan telah diberikan. Ada yang mahu ia kekal hari Jumaat dan Sabtu supaya mudah pergi solat, ada yang mahu ia diubah ke Sabtu dan Ahad supaya selari dengan Persekutuan.

“Ada yang mahu masa rehat hari Jumaat yang lebih panjang, ada yang mahu cuti dua hari setengah malah ada yang mahu cuti tiga hari seminggu. Semua pandangan dan cadangan ini saya terima dengan baik.

“Namun, perkara ini masih lagi dalam peringkat kajian dan ia melibatkan pelbagai pihak berkepentingan,” katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail di Iskandar Puteri, hari ini.

Beliau berkata penyelarasan perlu dibuat agar ibu bapa terutama yang bekerja di sektor swasta dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

“Ramai ibu bapa yang bekerja di sektor swasta terutamanya, hanya dapat meluangkan masa selama satu hari sahaja dengan anak-anak mereka pada cuti hari minggu disebabkan perbezaaan hari cuti sejak 2014.

“Penyelarasan perlu dibuat agar ibu bapa boleh meluangkan lebih masa bersama keluarga tercinta,” katanya.

Pada 14 Jun lepas, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu dan menjelaskan keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan setelah pihaknya mempunyai kaedah tuntas.

Berita berkaitan
UMNO Johor sedia tunggu berentap dengan Rafizi, kata Hasni
August 9, 2022· Politik
Bekas Exco Johor dan anak lepas, bebas dari tuduhan rasuah RM35.7 juta
August 7, 2022· Isu semasa
UMNO Johor yakin Ismail Sabri patuh keputusan parti tak sambung MoU
July 24, 2022· Politik
Johor perintis kontrak berasaskan prestasi dalam pembinaan jalan RM601 juta
July 24, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
9 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
10 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
10 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
11 jam lalu · Isu semasa
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok