Johor dapat kerajaan minoriti jika peratusan mengundi rendah: Shafie

Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafiw Apdal berpendapat Johor akan mendapat sebuah kerajaan minoriti sekiranya peratusan keluar mengundi adalah rendah.

Beliuau melahirkan kebimbangan itu berdasarkan kepada peratusan keluar mengundi yang tidak menggalakkan setakat ini.

“Andai peratus keluar mengundi hanya 30 peratus (setakat 1 petang), ia boleh menjadikan kerajaan Johor (sebagai) kerajaan minoriti.

“Manakala selebihnya tidak hadir kerana bimbang Covid-19 atau tanda protes,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Raja, petang ini.

Sehingga jam 4 petang ini sebanyak 50 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak 1,021 pusat mengundi dibuka bermula 8 pagi untuk proses pengundian hari ini.

Sebanyak 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Pada PRN Johor kali ini, seramai 239 calon daripada 15 parti politik akan bertanding merebut 56 kerusi DUN.

Mengulas lanjut, Shafie Ahli Parlimen Semporna itu berkata, keadaan itu turut akan menyebabkan sistem demokrasi tergugat kerana rakyat menolaknya.

“Diharap lepas ini tiada lagi PRN kerana menyusahkan banyak rakyat serta kos yang banyak,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR