Johor bentang belanjawan defisit kali kedua RM286.47 juta

November 18, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Johor hari ini membentangkan belanjawan defisit kedua berjumlah RM286.47 juta, yang bertemakan ‘Memperhebat Kesejahteraan Johor’

Membentangkan belanjawan itu, Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata hasil negeri pada tahun depan diunjurkan berjumlah RM1.671 bilion manakala perbelanjaan berjumlah RM1.958 bilion.

“Tema Belanjawan Johor 2022 yang dipilih selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk memastikan kelangsungan rakyat yang terjejas berikutan pandemik.

“Justeru, pada hemat saya, Belanjawan ini amat bermakna kerana menyerlahkan usaha kerajaan negeri untuk memberikan suntikan dan lonjakan baharu kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial yang mapan dan berdaya tahan.

“Segala pertimbangan dan Belanjawan Johor 2022 akan dipandu dua asas utama iaitu pertama, mendekati dan meringankan beban rakyat yang terjejas akibat Covid-19 dan kedua, mempergiatkan usaha awalan dalam memulihkan sektor-sektor ekonomi secara menyeluruh,” katanya pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor Ke-14, hari ini.

Ia adalah kali kedua Belanjawan negeri merekodkan defisit selepas tahun lalu negeri itu membentangkan belanjawan defisit berjumlah RM248.14 juta selepas merekodkan belanjawan lebihan 10 tahun berturut-turut.

Pada Belanjawan tahun depan, kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.087 bilion sementara RM870 juta untuk pembelanjaan pembangunan yang bakal digunakan bagi melaksana empat impetus dan 12 agenda utama dalam belanjawan berkenaan.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan meneruskan usaha konsolidasi fiskal sehingga terdapat tanda-tanda jelas pemulihan semula ekonomi negeri itu.

Hasni berkata, kerajaan negeri akan berusaha mengawal perbelanjaan dan defisit fiskal untuk menjayakan semua inisiatif di bawah Belanjawan Johor 2022.

“Bagaimanapun anggaran hasil dan defisit kami tertakluk kepada tahap ketidakpastian yang tinggi dipengaruhi beberapa faktor antaranya seperti kemunculan varian Covid-19 yang tinggi, impak sosial yang tinggi dan pembukaan sempadan antarabangsa,” kata beliau.

Menyentuh mengenai prestasi pelaksanaan Belanjawan Johor 2021, beliau berkata sebanyak 141 inisiatif dengan peruntukan keseluruhan RM850 juta telah mencapai 85.1 peratus pelaksanaan setakat suku ketiga tahun 2021.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Benut berkata, selepas Johor mengalami penguncupan 4.6 peratus pada tahun 2020, ekonomi negeri diunjurkan berkembang sekitar 3.5 peratus sehingga 4.1 peratus pada tahun ini dan dijangka terus mengalami pertumbuhan pada tahap pra-krisis pada separuh tahun hadapan.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Paras sungai di Johor dan Terengganu lepas tahap bahaya
November 21, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok