Johari sahkan Mohammed Iqbal adalah anaknya, sama dalam web rasmi Parlimen

February 3, 2023 · Isu semasa

Nama Mohammed Iqbal yang ditularkan dalam tangkap layar laman web rasmi Parlimen disahkan Datuk Johari Abdul adalah anaknya.

Terdahulu timbul dakwaan Speaker Dewan Rakyat itu melantik anaknya selepas tular dalam laman web seorang individu bernama Mohammed Iqbal, ia pada mula dinafikan tetapi kini Johari berkata akan menimbang untuk memohon pelantikan tersebut.

“Dia (Mohammed Iqbal) meneruskan kerja yang dibuat selama ini yang bukan benda baharu, bukan lantikan rasmi, kerajaan tidak bayar (gaji) saya bayar sendiri.

“Di sini saya ada Setiausaha Sulit Kanan yang jawatannya sudah diisi, Setiausaha Akhbar dan tiga pegawai tugas-tugas khas di mana orangnya saya sudah kenal pasti, …sekarang sedang dalam proses permohonan.

“Prosesnya panjang melalui SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dan (Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) jadi ambil masa. Kalau saya rasa dia layak dan sesuai, saya akan buat permohonan, buat masa ini dia ditempatkan di sini sebab saya ada di sini,” katanya dipetik laporan BH hari malam ini.

Kontroversi tercetus apabila Johari dikaitkan dengan lantikan anaknya itu apabila nama bapa Mohammed Iqbal tidak tertera dalam laman web tersebut.

Jelasnya lagi, anaknya itu telah berkhidmat sebagai pegawai khasnya sejak 2009 selain memiliki Ijazah Sarjana Muda Kewangan di Universiti Multimedia (MMU) Melaka.

Sebelum ini, timbul isu berhubung dakwaan amalan nepotisme dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan anaknya, Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan.

Johari turut menerima tempias dakwaan itu apabila dikatakan melantik Mohammed Iqbal yang juga anak pertama daripada lapan beradik sebagai pegawai tugas-tugas khas di pejabatnya.

Melalui portal rasmi Parlimen, ia meletakkan nama Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas YPDR I.

“Nepotisme ini kalau dia kurang, tidak berkelayakan atau dia hanya ada diploma tapi dia diletakkan dalam jawatan yang perlu mempunyai ijazah sarjana muda.

“Atau baharu keluar universiti semalam tapi letakkan dia di jawatan yang memerlukan pengalaman 10 tahun ataupun dia ini tak boleh pakai langsung di mana saya boleh ambil orang lain.

“Tapi Iqbal sudah kerja 14 tahun dengan saya dan dia hanya meneruskan kerjanya di mana nak latih orang baharu tidak mudah, …soalnya orang itu, kita percaya …baik saya teruskan dengan dia.

“Diapun tiada kes jenayah, berkelayakan kerana mempunyai ijazah sarjana muda,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
March 28, 2023· Politik
Timbalan Menteri DAP gagal jawab soalan di Dewan Rakyat, elok letak jawatan
March 27, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan
March 21, 2023· Isu semasa
AUKU masih relevan dan sangat penting, kata Menteri UMNO
March 9, 2023· Isu semasa
Popular
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pertuduhan terhadap Ke Ting cacat, tak ikut undang-undang: Pembela
40 minit lalu · Isu semasa
Najib habis saluran undang-undang untuk rayuan, kata pendakwa raya
51 minit lalu · Isu semasa
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
4 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
7 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok