JKM cari ibu, waris tiga beradik

September 10, 2022 · Isu semasa

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL) meminta ibu kandung atau waris tiga beradik yang ditinggalkan sejak Mac lalu tampil bagi memudahkan urusan penempatan mereka.

Dalam hantaran Facebook (JKM WPKL) berkata, ibu kandung kanak-kanak itu gagal dihubungi selepas berjanji akan mengambil kembali anak-anaknya selepas selesai urusan.

“Ian Eusoff Abdullah, 5, Imaan Isabela Abdullah, 4, dan Qaseh Maryam Inara, 1, dirujuk pengasuh kanak-kanak dikenali sebagai Puan Bibe yang tinggal di pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri Cheras.

“Ibu kandung telah meninggalkan mereka sejak Mac 2022 dan berjanji akan mengambil kembali anak-anaknya selepas sahaja urusan pekerjaannya selesai.

“Menurut pengasuh, ibu kandung yang dikenali dengan nama Aishah Irene, 38, pernah bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital swasta, tetapi gagal dihubungi,”katanya.

Tambahnya, kanak-kanak itu ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri menyebabkan pengasuh sukar menguruskan mereka terutamanya berkaitan kesihatan.

“Pengasuh membuat laporan polis mengenai penyerahan kanak-kanak ke JKM untuk diberi perlindungan,”katanya.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Shukor Salleh Laslile di talian 03-26124000, e-mel ke [email protected] atau hadir ke JKM WPKL Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang, 50564, Kuala Lumpur.

Berita berkaitan
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Malaysia dicadang ikut Rusia, perkenal undang-undang anti-LGBTQ
June 12, 2023· Isu semasa
Tiga beradik lemas di Port Dickson
April 23, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
24 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
24 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok