JKKP siasat kes jurutera maut jatuh bumbung kilang logam

June 17, 2022 · Isu semasa

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor menyiasat kes seorang jurutera yang maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah kilang pembuatan logam di Jalan Kebun, Kampung Jawa, Klang, Rabu lalu.

JKKP Selangor dalam kenyataan memaklumkan lelaki berusia 23 tahun itu terjatuh dari ketinggian 20 meter dan siasatan dijalankan selepas menerima maklumat melalui sistem atas talian MyKKP, lapor Bernama.

“Hasil siasatan awal, mangsa didapati merupakan seorang jurutera syarikat kontraktor projek pemasangan sistem solar di kilang tersebut.

“Ketika kejadian, mangsa dan rakannya telah naik ke bumbung lut sinar itu untuk membuat pemerhatian dan didapati telah jatuh dari bumbung itu,” menurut kenyataan itu.

Menurut JKKP Selangor, mangsa telah diberikan bantuan kecemasan namun gagal dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.

Susulan siasatan tersebut, JKKP Selangor telah mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu tempat kejadian kepada pihak majikan dan Notis Larangan Serta-merta juga dikeluarkan di atas kegagalan pihak majikan mengadakan sistem kerja selamat untuk bekerja di tempat tinggi dengan tidak menyediakan tali keselamatan.

JKKP Selangor memaklumkan turut dikeluarkan adalah Notis Pembaikan bagi kegagalan majikan mengawal pergerakan keluar masuk pelawat (pekerja kontrak) dan tidak mengeluarkan permit untuk kerja (PTW) untuk melakukan kerja tersebut.

Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan pihak bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut.

“JKKP Selangor akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Kejadian seumpama ini boleh dielak jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC),” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Seorang lelaki maut jatuh tingkat 4 selepas kantoi dengan suami kekasih
June 26, 2022· Isu semasa
Noh beri penjelasan pemecatan pengikut Najib, salah lantik
June 26, 2022· Politik
Bursa Malaysia lemah, lautan merah selepas banyak kaunter alami kerugian
June 13, 2022· Isu semasa
Pengikut setia Najib dipecat sebagai Ketua Penerangan BN Selangor
June 8, 2022· Politik
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
3 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
9 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
10 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
11 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok