Jimat kos perbelanjaan kerajaan, bukan batal subsidi: PH

June 27, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Persekutuan perlu melaksanakan segera langkah penjimatan kos, seperti membekukan semua perjalanan rasmi ke luar negara dan menggantung projek mega, untuk membebaskan dana bagi menangani krisis kos sara hidup rakyat.

Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH) juga mencadangkan agar pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengurangkan bilangan kementerian dan menurunkan gaji anggota Kabinet sebagai sebahagian daripada usaha penjimatan ini.

Ia berkata langkah-langkah ini sepatutnya dicuba terlebih dahulu sebelum membatalkan subsidi yang akan mendedahkan lagi rakyat Malaysia, terutama kategori pendapatan B40, kepada kenaikan harga barangan sekarang ini.

“Kami memandang serius keputusan kerajaan untuk menarik subsidi yang diumumkan sebelum ini. Ia merupakan satu langkah itu separuh masak, tidak bertanggungjawab dan terburu-buru, kerana ia bakal melebarkan jurang kemiskinan sedia ada dan menambah masalah sosial dalam kalangan rakyat.

“Jawatankuasa mendesak kerajaan memikir semula penarikan (subsidi) yang akan berkuat kuasa serta-merta pada 1 Julai depan yang bakal menaikkan kadar inflasi,” kata jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini.

Selain pemotongan yang dicadangkan, jawatankuasa berkenaan juga mengesyorkan elaun menteri dan timbalan menteri dikurangkan, terutama untuk cuti dan melancong ke luar negara.

Perdana Menteri juga harus menamatkan pelantikan utusan khasnya ke Timur Tengah, India, China dan AS yang masing-masing setaraf dengan menteri Persekutuan dan berhak mendapat gaji dan elaun yang sama, kata jawatankuasa itu.

Jawatankuasa itu juga mengesyorkan kajian semula gaji dan elaun yang dibayar kepada eksekutif tertinggi dan pengarah syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun.

Kerajaan juga harus menangguhkan projek infrastruktur besar-besaran seperti MRT3, ECRL dan Bandar Malaysia kerana ini tidak akan memberi manfaat serta-merta kepada negara yang menghadapi krisis kos sara hidup, katanya.

Selain itu, jawatankuasa berkenaan juga mahukan harga siling ayam dan telur mesti dikekalkan serta subsidi kepada penternak dan pengusaha ditambah mengikut keadaan semasa.

“Subsidi minyak masak botol perlu dikekalkan dan kerajaan mesti menetapkan mekanisme kawalan pembelian kepada semua rakyat agar bekalan tidak terputus.

“Selain itu subsidi gas memasak silinder mesti dikekalkan. Harga minyak petrol RON95 juga mesti dikekalkan dan tidak diapungkan,” kata jawatankuasa itu.

Pada 21 Jun lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kawalan harga siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak sawit dalam botol dua, tiga dan lima kilogramtidak akan diteruskan mulai 1 Julai.

Ismail Sabri kemudiannya mengumumkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia dinaikkan antara RM50 dan RM100.

Apabila tindak balas orang ramai berterusan, Ismail Sabri kemudian berkata harga ayam dan telur tidak akan diapungkan, tetapi menafikan tindakan itu adalah pusingan-U.

Berita berkaitan
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
15 jam lalu· Politik
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
16 jam lalu· Isu semasa
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
17 jam lalu· Politik
PM hanya ambil kira pandangan parti sendiri, bukan pandangan bersama: PAS
August 6, 2022· Politik
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
40 minit lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
2 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
3 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok