JIM nafi laporan depoh tahanan “Seperti Neraka”

June 28, 2022 · Isu semasa

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan laporan antarabangsa berkenaan kematian dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan warga Indonesia di Depoh Tahanan Imigresen di Tawau, Sabah.

Pada masa sama, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pula memohon maaf atas kekeliruan dalam keterangan mengenai 149 tahanan asal Indonesia meninggal dunia di Depot Tahanan Imigresen di seluruh Sabah.

Sebaliknya menurut satu kenyataan, kedutaan itu 149 tahanan berkenaan adalah jumlah keseluruhan warganegara asing yang meninggal dunia sejak 2021 hingga Jun 2022.

Kenyataan itu juga menjelaskan pada 2021, 18 tahanan Indonesia masing-masing 17 lelaki dan seorang wanita meningga dunia manakala tujuh tahanan iaitu enam lelaki dan satu wanita meninggal dunia dari Januari hingga Jun 2022.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata tidak timbul isu layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan warga Indonesia di Depoh Tahanan Imigresen.

Beliau menjelaskan isu sebenarnya adalah warga Indonesia itu ditahan atas kesalahan yang dilakukan.

Apabila seseorang yang melakukan kesalahan, dia mesti melalui proses undang-undang yang terpaksa kita gunakannya dan mengikut kaedah yang betul.

“Jadi kalau kita sudah tangkap orang melakukan kesalahan letak dalam depoh kemudian dia mati, kita nak salahkan pada siapa? Sebab orang mati sekarang ini kadang-kadang tengah berjalan dia mati, tidak payah masuk depoh pun mati.

“Jadi tidak timbul isu itu, isunya dia ditahan atas kesalahan yang dilakukannya,” katanya hari ini.

Sementara Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menyifatkan laporan sebuah kumpulan bebas dari negara itu pula sebagai tidak berasas.

Memetik laporan Astro Awani hari ini beliau menjelaskan pengurusan depoh imigresen di seluruh negara adalah menepati piawaian dan standard ‘The Mandela Rules’ selain memberi layanan yang baik kepada semua tahanan termasuk dari Indonesia.

“Malah rawatan kesihatan awal diberikan oleh penolong pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditempatkan secara kader di semua depot imigresen manakala kes-kes kesihatan serius akan dibawa terus ke hospital kerajaan berdekatan.

“Mengenai tuduhan ini, JIM ingin menjelaskan bahawa jumlah tahanan Indonesia yang meninggal dunia di depot-depot Imigresen di Sabah ialah 18 orang pada 2021 dan enam orang bagi tahun 2022.

“Mereka meninggal dunia semasa dirawat di hospital kerana menghidap pelbagai penyakit seperti masalah jantung, buah pinggang, Covid-19 dan paru-paru berair,” katanya .

Khairul Dzaimee menambah, JIM mempunyai prosedur tetap dalam menguruskan kematian tahanan seperti laporan polis akan dibuat oleh pegawai bertugas apabila berlaku kematian, selain pihak hospital akan mengeluarkan laporan perubatan yang menjelaskan punca kematian serta pengesahan kematian pula dibuat oleh Hakim Koroner.

“Sekiranya kematian tahanan berpunca daripada salah laku pegawai bertugas, mereka boleh dikesan dengan mudah dan siasatan sewajarnya akan dilaksanakan mengikut undang-undang,” katanya.

Terdahulu, South China Morning Post dalam laporannya memetik kumpulan hak asasi (NGO) Indonesia – Koalisi Migran Buruh Berdaulat, atau Gabungan Pekerja Migran Berdaulat (GPMB) – menuduh JIM menjadi punca menyebabkan kematian 149 rakyat negara itu yang ditahan di depoh tahanan sejak 18 bulan lalu.

Dalam laporan bertajuk “Seperti di Neraka”, NGO Indonesia berkata kurang prihatin terhadap kesejahteraan tahanan daripada pegawai yang bertanggungjawab ke atas kemudahan di Sabah, di mana sehingga 260 orang – termasuk kanak-kanak – didakwa bersesak dalam sel tanpa tingkap sebesar gelanggang badminton, dilengkapi dengan hanya tiga mangkuk tandas.

NGO Indonesia kata depoh Imigresen Malaysia “Seperti Neraka”: SCMP

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok