Jika UMNO jadi kerajaan solo isu RFID tidak akan timbullah

January 20, 2022 · Isu semasa

Jika UMNO dan Berisan Nasional (BN) menjadi kerajaan tanpa berkongsi dengan parti-parti lain, masalah penggunaan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk membayar tol lebuh raya, tidak akan berlaku.

Mungkin itu yang ingin diberitahu oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tatkala membidas kegagalan Kementerian Kerjaraya dalam memastikan penggunaan sistem RFID sekarang ini berjalan lancar.

Oleh itu, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) wajar memberi perhatian kepada teguran Zahid ini, kerana GPS bukan lagi bersama Barisan Nasional (BN).

Malah, kakitangan jabatan kerajaan yang lain juga perlu mengelak daripada ditegur oleh Zahid – yang kini berdepan pelbagai tuduhan jenayah termasuk rasuah – kerana BN dan UMNO akan kembali menerajui negara secara solo tidak lama lagi.

Zahid berkata pengumuman kerajaan bahawa orang ramai kini diberi pilihan sama ada mahu menggunakan sistem RFID atau tidak, menunjukkan pengumuman Kementerian Kerjaraya bahawa sistem itu akan digunakan secara menyeluruh di semua Plaza Tol Plus, telah terbatal.

“Mengapa kelemahan itu masih berlaku sedangkan semua sedia maklum tempoh percubaan RFID telah pun bermula sejak 3 September 2018?

“Kelemahan itu sebenarnya sangat ketara kerana ramai pengguna pernah melihat kenderaan menggunakan RFID berdepan masalah berkenaan.

“Persoalannya apakah permasalahan itu tidak dapat dikenal pasti sepanjang tempoh percubaan dan diperbaiki sebelum dilaksanakan secara meluas?,” soal Zahid dalam kenyataan hari ini.

Zahid yang kini berdepan puluhan tuduhan jenayah, termasuk rasuah di dua Mahkamah Tinggi – Kuala Lumpur dan Shah Alam – juga berkata masalah penggunaan RFID itu tidak akan timbul jika ia berfungsi seperti diharapkan dan tidak menyebabkan kesesakan yang teruk.

“Seperti sering diwar-warkan teknologi RFID sepatutnya memudahkan dan memberi lebih keselesaan kepada orang ramai, namun hasilnya berbeza,” sindir Zahid.

“Malah berisiko menjejaskan produktiviti tenaga kerja apabila ramai warga kerja akan terkandas dalam kesesakan lalu lintas saban hari,” katanya lagi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri kerajaan Barisan Nasional selama 33 bulan itu sebelum Pilihan Raya Umum 2018 itu juga menganggap teknologi RFID kecundang kerana gagal ‘mengesan’ atau ‘membaca’ pelekat yang ditampal pada kenderaan pengguna.

Keadaan itu katanya menyebabkan banyak kenderaan terpaksa mengundur sebelum memasuki semula lorong RFID untuk membolehkan palang plaza tol dibuka.

“Jika benar pemilik kenderaan yang tersilap memasang pelekat, maka penyaluran maklumat kepada pengguna lebuh raya tidak sempurna.

“Perkara seperti ini perlu dielakkan daripada berulang kerana rakyat tidak sepatutnya menjadi subjek “try and error” dan keuntungan jualan pelekat,” kata Zahid.

Isnin depan, Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan bersabit kes perbicaraan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapi Zahid. Keputusan itu bakal menentukan masa depannya yang terpalit 47 pertuduhan melibatkan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Nasib Zahid akan ditentukan sama ada diperintah membela diri atau dibebaskan daripada semua pertuduhan tersebut, ia selepas 99 orang saksi pendakwaan memberi keterangan sejak 18 November 2019.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah akan mengumumkan keputusan tersebut selepas mendengar dan meneliti pembentangan hujah kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan yang berlangsung selama 24 hari bermula 6 September 2021. Berita berkaitan 

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok