Jika setiap kali bencana keluar KWSP, habis simpanan tua rakyat: MOF

January 2, 2022 · Isu semasa

Simpanan tua rakyat akan habis sekiranya setiap kali bencana alam banjir pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan, kata Kementerian Kewangan.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui terdapat desakan individu berkepentingan yang mahu menggunakan isu KWSP sebagai modal politik namun kerajaan juga perlu mengambilkira kebajikan rakyat dan mendakwa desakan tersebut dibuat secara melulu tanpa analisis dan perkiraan rapi.

“Kita tidak boleh membenarkan pengeluaran KWSP untuk semua bencana. Hampir setiap tahun negara dilanda banjir. Mungkin akan ada bencana lain seperti tanah runtuh, kebakaran dan sebagainya.

“Kalau untuk setiap bencana ini kita nak keluarkan simpanan KWSP, sampai bila-bila pun simpanan hari tua ini tidak tercapai matlamatnya.

“Hakikatnya hampir 50 peratus atau kira-kira enam juta pencarum mempunyai baki caruman kurang daripada RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Jelasnya, tiga program pengeluaran khas i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sebelum ini hanya langkah jangka pendek serta bersifat sementara akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Tengku Zafrul berkata, ketika ini ada ahli KWSP yang sudah membuat pengeluaran sehingga RM71,000 melalui tiga pengeluaran khas berkenaan dengan jumlah keseluruhan membabitkan RM101 bilion.

Beliau berkata, jika kerajaan terus membenarkan pengeluaran khas demikian, tidak diketahui apa yang akan terjadi pada simpanan hari tua pencarum terbabit.

Katanya, golongan terbabit termasuk 74 peratus Bumiputera tidak akan mendapat faedah jika kerajaan membenarkan pengeluaran tambahan i-Citra seperti didesak sesetengah pihak membabitkan simpanan RM10,000.

“Lebih membimbangkan lagi 79 peratus daripada golongan yang mempunyai simpanan kurang RM1,000 juga adalah Bumiputera.

“Percayalah dalam menggubal dasar, kerajaan perlu bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan bukan saja jangka pendek tapi juga kesejahteraan jangka panjang iaitu untuk anak cucu kita kelak,” katanya.

Dalam membantu mangsa bencana termasuk banjir yang berlaku baru-baru ini, Tengku Zafrul berkata, secara keseluruhannya banyak bantuan dihulurkan kerajaan bagi membantu rakyat.

Beliau berkata, antaranya bagi membantu aliran tunai golongan B40 dan M40, kerajaan sudah menyalurkan bantuan berjumlah RM10 bilion melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan juga Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang dimanfaatkan kira-kira 11 juta penerima.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan turut menyalurkan bantuan wang ihsan yang ditingkatkan kepada RM1,000 kepada mangsa banjir baru-baru ini serta pelbagai jenis bantuan lain seperti bantuan untuk membeli perkakasan elektrik, bantuan untuk membaiki kenderaan, diskaun sehingga 50 peratus terhadap alat ganti kereta, pembiayaan pada kadar faedah sifar peratus, moratorium dan banyak lagi.

“Tujuan KWSP adalah tidak lain dan tidak bukan untuk persediaan masa tua. Apabila kudrat terus bekerja mula berkurangan.

“Perlu kita ketahui adalah amat penting rakyat kita memiliki persediaan hari tua kerana tidak lama dari sekarang, iaitu pada 2030 Malaysia dijangka mencapai status negara tua

“Ini bermaksud jangka masa lapan tahun saja golongan pesara dan warga tua akan merangkumi 15 peratus atau lebih 5.3 juta daripada penduduk negara.

“Lapan tahun bukanlah lama. Ini bermakna mereka akan memerlukan simpanan yang lebih banyak untuk membiayai sara hidup selepas bersara,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Projek MRT3 dianggar bernilai RM50.2 bilion, bakal guna tender terbuka
August 2, 2022· Isu semasa
Asyraf bangga dapat duduk sebelah Zafrul semasa majlis BN Selangor
August 1, 2022· Politik
Ahli baharu KWSP yang didaftar meningkat 146,000 pada suku pertama
July 12, 2022· Isu semasa
Pembentangan Bajet 2023 mengikut jadual, tiada PRU-15 sebelum Oktober?
July 9, 2022· Politik
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Skandal LCS: Duit hangus kapal tak sampai, kata Fahmi kepada Najib
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
8 jam lalu · Isu semasa
RCI perlu diwujudkan siasat kepincangan skandal kapal tak siap
9 jam lalu · Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
9 jam lalu · Isu semasa
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok