Jika semua selesai hari ini, tiada alasan Shafee datang esok: Tengku Maimun

August 23, 2022 · Isu semasa

Peguam Datuk Seri Najib Razak tidak perlu datang ke mahkamah esok sekiranya semua selesai hari ini, kata Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini.

Tengku Maimun berkata demikian semasa membuat keputusan menolak permohonan peguam Najib yang dipecat, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan hadir bagi mewakili semula anak guamnya itu yang meminta penangguhan perbicaraan hari ini.

“Kamu boleh datang esok atau pada bila-bila masa.

“Jika semua selesai hari ini, tiada alasan untuk Muhammad Shafee datang esok. Tiada sesiapa akan berada di sini esok,” kata Tengku Maimun semasa menolak permohonan itu.

Shafee hadir secara mengejut pada prosiding pagi tadi bagi membantu peguam bela Najib, Hisyam Teh Poh Teik yang akan berhujah dalam permohonan supaya Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan akhir Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Tengku Maimun kemudian memutuskan untuk tidak membenarkan hujahan permohonan berkenaan ditangguhkan kepada pagi esok.

Beliau berkata, panel mengambil pendirian bahawa Hisyam bersedia dengan hujahan dan memerintahkan peguam itu menyambung hujahannya.

Shafee sebelum ini mengetuai pasukan peguam yang membela Najib dalam kes SRC tetapi dipecat sebelum bermula perbicaraan pada minggu lepas dan digantikan dengan firma Datuk Zaid Ibrahim.

Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 berhubung hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib.

Najib telah didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Berita berkaitan
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
3 jam lalu· Isu semasa
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
3 jam lalu· Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
6 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
6 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
6 jam lalu · Isu semasa
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
36 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok