Jho Low tawar RM1.5 bilion kepada kerajaan bagi selesai pertuduhan: Laporan

July 16, 2022 · Isu semasa

Penjenayah dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low didakwa pernah menawarkan RM1.5 bilion kepada kerajaan sebagai penyelesaian terhadap pertuduhan yang dihadapinya, ia bagaimanapun ditolak.

Laporan media The Edge mendedahkan Jho Low yang dikaitkan dalam kes rasuah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuat tawaran tersebut dengan mewakilkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali sebagai ketua perunding untuk menyelesaikan pertuduhan dihadapinya.

Untuk rekod, Jho Low diletak sebagai individu yang sedang diburu kerana jenayah rasuah dilakukannya dan umum mengetahui ahli perniagaan itu bersekongkol dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mencuri wang 1MDB.

Najib ketika ini sedang berdepan puluhan pertuduhan dan sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini, malah sudah disabitkan bersalah dalam kes melibatkan anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

The Edge melaporkan sudah menghubungi Apandi bagi mendapatkan pengesahan berhubung pendedahan tersebut.

Jho Low dikaitkan sebagai dalang di sebalik skandal 1MDB dan telah didakwa tanpa kehadiran di mahkamah Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

Pada 2018, Jabatan Kehakiman AS sudah mendakwa Jho Low dengan konspirasi untuk mengubah berbilion dolar daripada dana kekayaan negara Malaysia, dan konspirasi untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing Amerika.

Di Malaysia, Jho Low dan rakan sekutunya berdepan lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$1.03 bilion. Jho Low juga menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram berasingan dengan pembantunya Eric Tan Kim Loong sebanyak AS$125.97 juta.

Pada 2020, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa satu lagi pertuduhan terhadap Jho Low dan rakan-rakannya, kali ini didakwa terlibat dalam konspirasi jenayah bagi membolehkan Najib menggunakan kedudukannya untuk menerima rasuah berjumlah RM60,629,839.43.

Jho Low berulang kali mendakwa dirinya tidak bersalah dan pada wawancara 2020 dia mendakwa hanyalah menjadi perantara dalam urusan 1MDB.

Sebelum ini semasa perbicaraan 1MDB melibatkan Najib, bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail, menyifatkan Najib mempunyai hubungan rapat dengan Jho Low.

Ismee berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, mengenai apa yang dapat saksi itu rumuskan daripada hubungan kedua-dua individu berkenaan melalui pemerhatian ketika beliau (Ismee) berada dalam Lembaga Pengarah 1MDB antara 2009 dan 2016.

“Saya percaya ia adalah hubungan yang rapat,” katanya pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Ditanya sama ada beliau mengetahui secara peribadi mengenai butiran bagaimana kedua-dua individu itu berkongsi dana 1MDB, Ismee yang juga saksi pendakwaan ke-13 berkata, beliau tiada pengetahuan mengenainya.

Najib kini sedang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB, serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Berita berkaitan
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
7 jam lalu· Politik
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
8 jam lalu· Isu semasa
Izzah pastikan tender teratur, itu sahaja: Anwar
January 31, 2023· Isu semasa
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
February 1, 2023
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
February 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
5 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
5 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
8 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
9 jam lalu · Isu semasa
251 kes semalam, tiada kematian
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
4 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok