Jho Low takut perdaya Najib

April 21, 2021 · Isu semasa

Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low tidak berani memperdayakan Datuk Seri Najib Razak kerana hubungan baik mereka, Mahkamah Rayuan diberitahu.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk V Sithambaram berkata adalah sukar untuk mempercayai bahawa Jho Low, berada dalam kedudukan bawahan kepada perayu (Najib) mempunyai keberanian untuk mengatur transaksi penipuan, yang secara langsung akan memberi kesan kepada bekas perdana menteri itu.

Dipetik daripada Bernama, Sithambaram berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam prosiding rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana penyalahgunaan dana SRC International sebanyak RM42 juta.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

“Jho Low memainkan peranan penting dalam pengiriman wang berjumlah RM42 juta daripada SRC ke dalam akaun perayu dan tidak akan mempengaruhi pemindahan tanpa pengetahuan perayu,” katanya.

Sithambaram menegaskan bahawa hubungan erat antara Jho Low dan Najib disahkan lagi oleh saksi pendakwaan ke-50, bekas Pengarah Urusan Kumpulan AmBank, Cheah Tek Kuang.

Sebenarnya, Jho Low adalah orang yang memperkenalkan Cheah kepada Najib di kediaman peribadi perayu ketika dia ingin membuka akaun AmBank, katanya.

Ketika menyentuh mengenai usaha Jho Low untuk memastikan kecukupan dana dalam akaun Najib, Sithambaram berkata Najib bahkan telah menjelaskan bahawa Jho Low telah bekerja keras untuk memastikan semua ceknya bukan cek tendang atau dia akan diminta untuk menanyakan status akaunnya, sekali gus mendedahkan transaksi sebenar akaun tersebut.

“Kini, perayu mendakwa menjadi mangsa manipulasi dengan meraih dana (bukannya kehilangan) melalui tindakan Jho Low.

“Perayu mengatakan bahawa Jho Low telah membuat banyak wang daripada pembabitannya dalam Terengganu Investment Authority Berhad (TIA), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC.

“Itu sebenarnya sebab Jho Low memastikan dana (dalam akaun) itu ada…supaya hubungannya dengan perayu tidak akan terjejas dan seterusnya menimbulkan curiga perayu,” katanya.

Sithambaram berkata bukti daripada kebanyakan interaksi menerusi sembang BlackBerry Messenger (BBM) antara saksi pendakwaan ke-54, Pengurus Perhubungan Joanna Yu Ging Ping dan Jho Low, mengesahkan dia berkomunikasi dengan Najib berkaitan baki bank dan pengeluaran cek.

“Jho Low tidak akan mengambil langkah reaksioner untuk memastikan cek perayu tidak ditendang,” tegas Sithambaram.

Tambah Sithambaram, RM42 juta daripada SRC itu dikatakan sebagai umpan untuk meneruskan hubungan antara Jho Low dengan perayu.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan CBT, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

Pendengaran rayuan itu bersambung.

Berita berkaitan
Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai
14 jam lalu· Isu semasa
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Mahkamah tangguh keputusan kes rogol amah ADUN Tronoh
June 28, 2022· Isu semasa
Keputusan kes rasuah Bung Mokhtar dan isteri diketahui 2 September ini
June 24, 2022· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
6 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
6 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
6 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
6 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
7 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok