Jho Low sering dilihat di pejabat Najib, Kementerian Pertahanan

May 9, 2022 · Isu semasa

Pengerusi Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (Isnin, 9 Mei 2022) bahawa beliau sering melihat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low di pejabat timbalan perdana menteri (TPM) Datuk Seri Najib Razak dan juga di pejabat ahli politik itu di Kementerian Pertahanan (Mindef).

Bakke, 67, yang sebelum ini merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah (BOD) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata beliau kerap bertemu Najib pada masa itu kerana pernah menerajui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), yang kemudiannya menjadi Felda Global Ventures Bhd.

“Saya menguruskan dua entiti Felda dan kerap berjumpa Najib. Saya juga mendapati Jho Low kerap pergi ke pejabat Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri dan pejabat di Kementerian Pertahanan,” kata saksi pendakwaan ke-15 dalam perbicaraan 1MDB-Tanore.

Beliau menjawab soalan tambahan Timbalan Pendakwa Raya Kanan ad-hoc Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2004 hingga 2009 dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau juga menjadi Menteri Pertahanan dari 1999 hingga 2008.

Bakke turut memberi keterangan bahawa pada awal Ogos 2009, beliau menerima panggilan telefon daripada Jho Low, yang meminta beliau menyertai semula 1MDB, yang sebelum ini dikenali sebagai Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA).

“Menurut Jho Low, Najib meminta saya bersama Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin dan Tan Sri Azlan Zainol untuk menyertai semula 1MDB kerana terdapat pelaburan dan perniagaan yang akan dijalankan oleh 1MDB yang memerlukan kepakaran kami.

“Menurut Jho Low, ia penting untuk pembangunan ekonomi negara. Saya bersetuju kerana ia adalah permintaan daripada Najib melalui Jho Low. Jho Low ada memaklumkan kepada saya bahawa surat pelantikan itu akan dikeluarkan selepas itu,” katanya memetik laporan TheEdge.

Sri Ram kemudian bertanya kepada Bakke sama ada pelantikannya dalam 1MDB menjadi kenyataan, saksi itu mengesahkannya.

Sri Ram: Bagaimanakah ini mewakili hubungan Jho Low dengan PM ketika itu?

Bakke: Ia menguatkannya.

Jho Low dikatakan memainkan peranan penting dalam pembentukan TIA apabila ia ditubuhkan pada awal 2009, dengan Bakke antara ahli jawatankuasa pemandu ketika itu.

Saksi itu juga ditanya mengenai peletakan jawatannya daripada 1MDB pada Oktober 2009, di mana beliau telah meminta setiausahanya menyediakan surat peletakan jawatan berikutan ketidakpuasan hatinya terhadap pengurusan 1MDB dalam mengendalikan usaha sama dengan PetroSaudi International untuk membentuk 1MDB-PetroSaudi Ltd yang menyebabkan pemindahan dana yang boleh dipersoalkan.

“Sebelum menyerahkan surat peletakan jawatan, saya menghantar pesanan ringkas sistem pesanan (SMS) kepada Najib memaklumkan beberapa perkara yang diarahkan oleh lembaga pengarah kepada pengurusan 1MDB tetapi tidak dipatuhi.

“Saya tidak menerima sebarang maklum balas daripada Najib. Tidak terlintas di fikiran saya untuk melaporkan kepada mana-mana pihak berkuasa berkaitan salah laku kewangan pengurusan 1MDB kerana saya mengandaikan bahawa saya telah pun berbuat demikian melalui SMS yang dihantar kepada Najib.

“Saya berharap Najib akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengurusan 1MDB jika beliau mendapati sebarang salah laku di pihak mereka.

“Oleh kerana kebimbangan saya tidak mendapat perhatian Najib kerana dia tidak membalas SMS saya, saya merasakan dia terlibat dan sesuatu yang tidak kena berlaku tanpa pengetahuan saya. Ini adalah salah satu sebab utama saya memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi dan ahli BOD 1MDB,” tambahnya.

Ditanya lebih lanjut oleh Sri Ram berhubung isu ini, Bakke berkata ini bukan kali pertama beliau menghantar SMS kepada Najib.

Sri Ram: Biasanya, dia akan menjawab?

Bakke: Ya.

Sri Ram: Pada kesempatan ini dia tidak menjawab?

Bakke: Ya.

Sri Ram: Adakah ia luar biasa?

Bakke: Ya.

Bakke menjelaskan bahawa beliau telah mengarahkan setiausahanya menghantar surat peletakan jawatan Pengerusi BOD 1MDB kepada Najib, kerana beliau tidak mahu bekas perdana menteri itu meminta beliau untuk mempertimbangkan semula keputusan itu.

Pengerusi Petronas itu akan disoal balas oleh peguam Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada tarikh lain, kerana Bakke mempunyai mesyuarat pada sebelah petang.

Berita berkaitan
Kes saman Zahid-Dr Mahathir ditetapkan pada November tahun ini
March 24, 2023· Politik
Mahkamah benar pasport diserah kepada Rosmah buat sementara
March 21, 2023· Isu semasa
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
March 21, 2023· Isu semasa
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
1 jam lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
1 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
2 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok