Jho Low ‘paling berkuasa’ dalam pelaburan 1MDB, kata saksi

May 8, 2023 · Isu semasa

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dianggap ‘individu paling berkuasa’ berkait urusan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Brazen Sky Ltd berjumlah RM2.3 bilion, lapor BH.

Brazen Sky selaku syarikat perantara tujuan khas (SPV) ditubuhkan Jho Low dan rakan sekutunya untuk membawa pulang wang pelaburan oleh 1MDB.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, bekas Ketua Perkhidmatan Pengurusan Dana Bank BSI (Singapura), Kevin Michael Swampillai, bersetuju dengan cadangan peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa Jho Low diibaratkan seperti ‘pengarah bayangan’ dengan setiap kemahuannya akan dipenuhi pengurusan 1MDB.

Saksi pendakwaan ke-44 itu berkata melalui pemerhatiannya, Jho Low adalah individu yang meluluskan semua keputusan kewangan membabitkan pelaburan luar pesisir 1MDB dalam Brazen Sky manakala pegawai 1MDB ketika itu antaranya Jasmine Loo dan Terence Geh melaksanakan arahan berkenaan.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa situasi itu menjadikan Jho Low kelihatan lebih berkuasa, mengatasi dua pengarah 1MDB iaitu Geh dan Azmi Tahir.

Muhammad Shafee: Semua urusan dalam Brazen Sky tidak boleh diteruskan melainkan diluluskan oleh individu paling berkuasa melalui Azmi dan Geh yang dimaksudkan kamu dalam pernyataan saksi sebagai Najib (Datuk Seri Najib Razak). Tetapi melalui pemerhatian kamu hari ini, adakah individu paling berkuasa itu adalah Jho Low dan bukannya Najib. Keputusan itu mengikut keputusan Jho Low?

Swampillai: Ya.

Muhammad Shafee: Dalam pernyataan saksi, kamu juga berkata Najib Individu paling berkuasa yang kamu jelaskan sebagai andaian semata-mata dan ini bercanggah dengan pemerhatian kamu di mana Jho Low lebih berkuasa mengatasi mereka (Azmi dan Geh)?

Kevin: Ya.

Muhammad Shafee: Ini bermakna bukanlah perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu (Najib) mengatasi mereka (Azmi dan Geh)?

Swampillai: Ya.

Swampillai berkata beliau tidak merasakan Najib akan terbabit dalam urus niaga itu kerana ia adalah urusan operasi yang memerlukan pengurusan mikro.

Terdahulu, saksi itu mengulangi keterangannya bahawa Jho Low mengancam untuk memindahkan transaksi 1MDB ke tempat lain setiap kali wakil BSI mendesaknya untuk mendapatkan penjelasan mengenainya.

Beliau berkata, Yak Yew Chee yang ketika itu Pengurus Perhubungan BSI adalah individu utama yang berurusan dengan Jho Low berhubung urusan berkaitan 1MDB dan beliau tidak mengetahui keberadaan lelaki yang kali terakhir bertemunya di Singapura awal tahun ini.

Najib, 69 menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Berita berkaitan
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu· Isu semasa
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023· Politik
Kematian saksi 1MDB, polis sahkan tiada unsur jenayah
May 31, 2023· Isu semasa
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
June 2, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
1 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
4 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok