Jho Low makan tengah hari dengan pegawai TIA, bank: Saksi kes Najib

October 12, 2022 · Isu semasa

Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low hadir ketika makan tengah hari bersama pegawai Ambank dan Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIA) di Hotel Mandarin Oriental di ibu negara.

Bekas Pengarah Urusan AmInvestment Bank Berhad Kok Tuck Cheong berkata perjumpaan secara kasual itu dihadiri lima atau tujuh pegawai Ambank dan TIA pada 2009.

“Ketika itu, saya diperkenalkan kepada Jho Low oleh Chan Wan Seong (Pengarah Perhubungan Perbankan Ambank ketika itu),” katanya menjawab soalan peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, hari ini (12 Oktober 2022).

Ditanya sama ada perjumpaan makan tengah hari itu ada kaitan dengan pengeluaran Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM5 bilion oleh TIA, Kok berkata mereka tidak membincangkan urusan perniagaan yang serius.

Memetik BH beliau juga tidak ingat sama ada Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TIA turut hadir.

Muhammad Shafee: Siapa yang bayar bil (makan tengah hari)?

Tuck Cheong: Boleh jadi pegawai bank dan sebelah pihak lagi (TIA) tetapi memang bukan saya yang bayar

Muhammad Shafee: Adakah kamu tahu Jho Low pernah dianggap sebagai penasihat TIA?

Tuck Cheong: Namanya pernah ditimbulkan tetapi ia bukan kenyataan fakta yang konkrit.

Muhammad Shafee: Secara rasmi dia berada dalam lembaga sebagai penasihat TIA?

Tuck Cheong: Bukan (penasihat) ketika perjumpaan itu.

TIA ditubuhkan pada Februari 2009 dan dimiliki oleh Menteri Besar Terengganu Diperbadankan, dengan Sultan Terengganu yang kemudiannya menjadi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai pemilik majoriti.

TIA kemudian dipindahkan kepada kerajaan Persekutuan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) pada Julai 2009 dan dinamakan semula sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada September tahun sama.

Shahrol Azral dalam keterangan di mahkamah sebelum ini berkata, pengambilalihan TIA kepada 1MDB bertujuan menyembunyikan penyelewengan Datuk Seri Najib Razak ke atas bon IMTN berjumlah RM5 bilion yang dimohon TIA.

Shahrol Azral dilaporkan yakin dasar pengambilalihan itu dirancang oleh Jho Low dengan restu Najib untuk menyembunyikan penyelewengannya ketika penerbitan bon berkenaan dengan Jaminan Kerajaan yang dibuat pada Mei 2009.

Katanya, Jho Low mengarahkannya menulis surat kepada Najib bagi memastikan 1MDB tidak perlu diaudit.

Najib, 69 menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
23 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
December 1, 2022· Isu semasa
UMNO dan Pakatan Harapan masih kekok berkempen, masih keliru narafif politik
December 1, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
24 jam lalu · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok