Jho Low kata dia tak kawal 1MDB

January 28, 2022 · Isu semasa

Rakan baik Datuk Seri Najib Razak yang juga ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low hari ini mendakwa dia tidak bertanggungjawab terhadap penyelewengan dana syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dia juga menegaskan tidak pernah menjadi pengarah atau pemegang saham dan bukan ahli Lembaga Penasihat Plaintif atau sebahagian daripada pengurusan 1MDB.

“Oleh itu, saya tiada kedudukan dari segi undang-undang untuk mengawal 1MDB, termasuk tetapi tidak terhad kepada mengarahkan atau menyebabkan pemindahan penerimaan dana (syarikat itu) seperti yang didakwa,” katanya dalam penyataan pembelaan bagi menjawab saman yang dikemukakan 1MDB, terhadapnya dan ahli keluarganya dan rakan sekutu.

Jho Low turut menafikan dakwaan 1MDB dalam tuntutan saman itu, bahawa dia menyebabkan pemindahan dana 1MDB dan empat anak syarikat sebanyak AS$3.784 bilion kepada pelbagai penerima.

Menurutnya, tuntutan 1MDB adalah bertindih kerana dana yang didakwa itu sudah dilucut hak secara sukarela kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk kepentingan Kerajaan Malaysia (dan, oleh itu, untuk kepentingan 1MDB dan anak syarikat).

Memetik laporan BH hari ini, Jho Low memohon saman itu dibatalkan kerana tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah.

Pernyataan pembelaan itu difailkan menerusi firma guaman, Tetuan Valen, Oh & Partners pada 26 Januari lalu.

Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited; 1MDB Energy Limited; 1MDB Energy (Langat) Limited; dan Global Diversified Investment Company Limited yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memfailkan saman terhadap Jho Low; bapanya Tan Sri Larry Low Hock Peng; ibunya Puan Sri Goh Gaik Ewe; kakaknya, May Lin; adik lelakinya Taek Szen; serta rakan sekutunya Eric Tan Kim Loong.

Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut AS$661 juta daripada Jho Low dan masing-masing AS$41 juta, AS$397 juta, AS$608 juta dan AS$1.9 bilion daripada Jho Low dan Kim Loong serta AS$325 juta daripada Jho Low dan bapanya.

1MDB Global Investments Limited pula menuntut AS$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Kim Loong serta AS$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Kim Loong.

Plaintif turut menuntut AS$3.5 juta daripada May Lin and Jho Low serta AS$1.695 juta daripada Goh, Jho Low dan Kim Loong berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain AS$25.5 juta daripada Jho Low, Kim Loong, Hock Peng dan Taek Szen.

DoJ melalui satu kenyataan pada Oktober 2019, berkata ia mencapai penyelesaian untuk mendapatkan semula aset bernilai lebih AS$700 juta yang diperoleh Jho Low, dan keluarganya menggunakan dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB, yang terletak masing-masing di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland.

Dengan muktamadnya penyelesaian itu, sekali dengan pelupusan kes pelucutan hak sebelum ini, AS akan memperoleh semula atau membantu dalam pemerolehan aset bernilai lebih AS$1 bilion yang mempunyai kaitan dengan skim pengubahan wang haram antarabangsa dan rasuah 1MDB.

Kenyataan itu menyebut, pemerolehan terbesar itu di bawah Inisiatif Pemerolehan Aset Kleptokrasi jabatan berkenaan dan pelucutan hak sivil terbesar yang pernah diselesaikan oleh DoJ.

Penolong Peguam Negara, Brian A Benczkowski, berkata perjanjian penyelesaian itu menyebabkan Jho Low dan keluarganya, terpaksa melepaskan beratus-ratus juta dolar yang diperoleh secara haram, yang sepatutnya digunakan bagi manfaat rakyat Malaysia.

Dalam kenyataan berasingan, Jho Low mengesahkan, penyelesaian sudah pun dicapai dengan kerajaan Amerika berhubung kes pelucutan hak sivil.

Jho Low, bagaimanapun, menegaskan perjanjian itu tidak sepatutnya dianggap sebagai pengakuan bersalah, liabiliti atau sebarang bentuk salah laku oleh beliau atau pemilik aset.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok