Jho Low berada di China, tapi UMNO buat-buat tak tahu?

September 4, 2022 · Isu semasa

Rakan penjenayah Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low didakwa sedang berada di China dan mendapat perlindungan disana.

Lokasi terbaharu Jho Low itu sebelum ini didedahkan oleh dua wartawan asing yang bertanggungjawab membongkar skandal 1MDB dan kini seorang lagi wartawan dan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown turut membuat pendedahan sama.

Bagaimanapun UMNO seakan tidak berbuat apa-apa untuk mendesak pihak kerajaan bagi membawa Jho Low pulang, malah baru-baru ini UMNO menerima kunjungan wakil kedutaan China ke pejabat partinya yang dikongsi dalam satu ciapan Twitter Setiausaha Agungya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Clare mendakwa Jho Low dilindungi kerajaan China kerana mereka juga merupakan antara pihak terlibat dalam membantu Najib berhubung kes itu.

“China Communications Construction Company (CCCC) merupakan salah satu syarikat yang terlibat secara haram dalam membantu Najib mencuri dan mencuci berbilion wang Malaysia dan Jho Low adalah orang yang mengatur semua itu untuk Najib di China.

“Jadi tidak mungkin China akan membenarkan Jho Low berada di kandang saksi atau dituduh di mana-mana mahkamah di luar China, mereka tidak akan melakukannya kerana dia (Jho Low) menyimpan bukti yang kuat.

“Jadi saya tidak menjangkakan Jho Low akan keluar dari China, mungkin sehingga ada presiden baru yang memerintah China. Mungkin nanti, tetapi bukan sekarang,” katanya dalam program bersama Zack Rockstar bertajuk ‘Get The Crooks Back Out Of Power’ semalam.

Program yang berlangsung selama satu jam itu disiarkan secara langsung di media sosial Facebook, YouTube dan Twitter Space Kelab Gelombang Keadilan.

Media sebelum ini melaporkan Jho Low didakwa dilihat berada di Disneyland, Shanghai pada malam Krismas 2019 yang mana ‘petunjuk baharu’ itu ditemui berdasarkan rakaman wajah yang dikatakan miripnya.

Sementara itu, ditanya mengenai peranan Jho Low dalam skandal tersebut, Clare berkata, Najib adalah individu yang mempunyai kuasa tetapi beliau memerlukan proksi dan Jho Low adalah orangnya.

“Najib memerlukan orang tengah yang akan keluar bertindak sebagai proksi untuk berinteraksi dengan penyangak lain yang akan membantunya mencuri duit daripada Malaysia.

“Jho Low bersedia melakukan itu dan dia boleh dianggap seperti salah seorang oligarki Presiden Rusia, Vladimir Putin,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Najib sudah didapati bersalah dan sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun ekoran keputusan melibatkan kes SRC International Sdn Bhd baru-baru ini oleh Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, Jho Low tidak menerima nasib sama seperti Najib dan masih bebas sehingga kini.

Berita berkaitan
Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen
2 jam lalu· Politik
PH pertimbang tolak Bajet 2023 jika tiada jaminan PRU tahun depan: Anwar
2 jam lalu· Politik
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
3 jam lalu· Isu semasa
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
4 jam lalu· Politik
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
3 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
8 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
9 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
10 jam lalu · Isu semasa
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
1 jam lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok