Jho Low, bapa dihukum penjara kerana tak patuh injunksi Mareva

October 17, 2022 · Isu semasa

Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) dan bapanya Tan Sri Larry Low Hock Peng dilaporkan telah dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi hari ini (17 Oktober 2022) kerana gagal mematuhi injunksi Mareva yang diberikan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Ltd.

Waran komital itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hayatul Akmal Abdul Aziz berikutan permohonan yang dibuat oleh peguam bela 1MDB daripada Tetuan Skrine, lapor akhbar kewangan The Edge.

Injunksi Mareva ialah perintah sementara yang menghalang defendan daripada melupuskan aset sehingga penentuan kes antara plaintif dan defendan.

Berikutan itu, kedua-dua Low dan Hock Peng boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga mereka membersihkan pelanggaran yang dikenakan ke atas mereka.

Pada 12 Ogos, Hayatul memberikan kebenaran kepada 1MDB dan Global Diversified Investment Company (dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited) untuk memulakan injunksi menghina mahkamah terhadap kedua-duanya.

1MDB dan Global Diversified Investment Company memperoleh injunksi ex-parte Mareva pada 16 Mac, dan ini disahkan pada 20 April, di mana syarikat tersebut memohon untuk membekukan AS$1.03 bilion aset Jho Low dan AS$401.5 juta lagi aset Hock Peng, yang dikatakan berkait dengan 1MDB.

Injunksi itu juga mengehadkan Jho Low dan bapanya daripada membelanjakan tidak lebih RM20,000 sebulan setiap seorang untuk sara hidup dan perbelanjaan guaman.

Jika mereka memerlukan lebih daripada jumlah itu, mereka perlu mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada 1MDB dan peguam Global Diversified.

Perintah itu juga menyatakan bahawa Jho Low dan bapanya mesti membuat pendedahan bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified berhubung aset mereka, masing-masing bernilai AS$1.03 bilion dan AS$401.5 juta, sama ada dalam atau luar negara, atas nama mereka sendiri atau sebaliknya, dan sama ada di bawah milikan tunggal atau bersama.

Jho Low dan Hock Peng sepatutnya mendedahkan kepada 1MDB dan Global Diversified Investment Company di mana kedua-duanya dan aset mereka ditempatkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah 16 Mac. Mereka bagaimanapun, tidak berbuat demikian.

Berikutan itu, 1MDB dan anak syarikat itu membuat susulan dengan prosiding penghinaan itu.

Kedua-dua Low dan Hock Peng tiada di Malaysia, dengan Low didakwa mengendalikan dan menjalankan firma perunding perniagaan di Shanghai.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Pinda laporan 1MDB: Najib bela diri atau bebas diketahui 30 Januari
November 15, 2022· Isu semasa
Zahid ulang lagi kata lantikan PM terserah kepada budi bicara Agong
November 15, 2022· Politik
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022· Politik
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
2 jam lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
14 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022 · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
22 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok