Jepun tawar sumbangan vaksin AstraZeneca kepada Malaysia

June 15, 2021 · Isu semasa

Malaysia bakal menerima tawaran vaksin AstraZeneca dari kerajaan Jepun yang akan dihantar pada Julai depan.

Sumbangan vaksin yang dikeluarkan sendiri Jepun tersebut akan juga dihantar kepada negara ASEAN lain, antaranya Indonesia, Filipina dan Thailand, kata Menteri Luarnya Motegi Toshimitsu hari ini.

Menurut Kedutaan Jepun di Malaysia, menteri itu berkata vaksin akan dihantar mulai Julai, jika keadaan mengizinkan, dan akan segera membuat penyelarasan.

“Berdasarkan pengumuman Menteri Luar hari ini, Kedutaan Jepun di Malaysia akan terus bekerja sama rapat dengan kerajaan Malaysia untuk menyediakan vaksin kepada rakyat Malaysia.

“Ini bakal menjadi satu lagi lambang persahabatan antara Jepun dan Malaysia,” kata kedutaan dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, kerajaan Jepun antara yang menghulurkan bantuan kepada Malaysia untuk menangani pandemik COVID-19 termasuk menyumbang peralatan perubatan bernilai kira-kira US$5 juta pada Januari lalu.

Jepun juga telah menghulurkan bantuan kemanusiaan bernilai kira-kira US$2 juta kepada Malaysia melalui Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNCHR) dan Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC).

Bagi ASEAN, Jepun telah mengusulkan penubuhan “Pusat ASEAN untuk Kesihatan Awam dan Penyakit Berjangkit” bertujuan melindungi penduduk di rantau ini dan memberikan sokongan kewangan sebanyak US$50 juta melalui Dana Integrasi Jepun-ASEAN (JAIF).

Berita berkaitan
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar
September 12, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Malaysia negara pelbagai kaum, tidak perlu dibahas : Muhyiddin
July 15, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
3 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
3 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
23 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
23 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok