Jepun puji usaha Malaysia tangani Covid-19

October 8, 2021 · Isu semasa

Duta Besar Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka memuji dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan usaha Malaysia menangani Covid-19 dengan melaksanakan program vaksinasi.

Ucapan itu disampaikan pada pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melakukan kunjungan hormat di Kuala Lumpur hari ini.

Ini adalah kunjungan kedua beliau ke atas Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu, di mana yang pertama adalah pada April lalu ketika Muhyiddin masih menjadi Perdana Menteri.

Menurut Oka hasil proses vaksinasi yang pantas dan teliti kini dapat dilihat melalui pengurangan kes-kes Covid-19 pada waktu ini.

Untuk rekod, sejak awal bulan ini angka harian jangkitan positif Covid-19 mulai turun dengan jumlahnya kini mencatat empat angka, manakala Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada Februari lalu hampir mencapai 90 peratus individu dewasa lengkap divaksin.

Susulan penurunan kes harian dan peningkatan kadar vaksinasi, Malaysia juga sekarang ini sedang menuju kepada pembukaan penuh semua sektor sosial, pendidikan dan ekonomi.

Dalam pertemuan itu juga, Muhyiddin berterima kasih kepada kerajaan Jepun kerana menyumbang sejuta dos vaksin AstraZeneca dan peralatan perubatan kepada Malaysia.

Kedua-dua mereka turut menyentuh mengenai usaha pemulihan ekonomi negara, dan sebagai Pengerusi MPN, Muhyiddin turut mengambil maklum isu yang dihadapi oleh syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia, terutamanya dalam isu kekurangan tenaga mahir.

Isu-isu yang dibincangkan akan dibawa kepada perhatian Majlis Pemulihan Negara dalam waktu terdekat. Prospek pelaburan di antara kedua-dua turut disentuh dalam perbincangan tersebut.

Muhyiddin turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Jepun di atas kejayaan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 walaupun dianjurkan dalam keadaan pandemik Covid-19 yang mencabar.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Amaran tsunami dikeluarkan agensi cuaca Jepun susulan gempa
October 9, 2023· Dunia
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok