Jepun beri amaran serangan pengganas di Malaysia, rantau Asia Tenggara

September 13, 2021 · Isu semasa

Jepun memberi amaran kepada rakyatnya di beberapa negara di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia, mengenai kemungkinan serangan pengganas, terutama di rumah ibadat.

Amaran itu dikeluarkan dalam laman web kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini, setelah menerima arahan Tokyo yang dikatakan dikeluarkan pada Ahad.

Memetik Bernama, Kementerian Luar Jepun telah menasihatkan semua rakyatnya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar untuk mengelak berada berdekatan dengan kemudahan keagamaan dan kawasan-kawasan sesak lain.

Seorang pegawai kedutaan itu berkata nasihat itu dikeluarkan pagi ini kepada semua warga Jepun yang berada di Malaysia.

“Kami mengeluarkan nasihat tersebut selepas menerima arahan dari Tokyo,” katanya tanpa memperincikan lebih lanjut mengenai hal itu.

Notis amaran kedutaan itu melaporkan ada maklumat bahawa kemungkinan meningkatnya serangan bom bunuh diri di tempat-tempat sesak seperti tempat-tempat ibadat.

”Kami meminta semua warga Jepun untuk tetap waspada terhadap serangan pengganas,” kata notis kedutaan itu sambil menggesa warganya mengambil beberapa langkah berwaspana.

Ini termasuk premis ‘milik orang Barat’ seperti restoran, hotel, pengangkutan awam, pasar, tempat pelancongan dan kawasan lain yang melibatkan khalayak ramai seperti rumah ibadah.

Lokasi lain yang berisiko seperti kemudahan tentera, polis dan keselamatan, serta kemudahan kerajaan. Notis sama turut dikeluarkan kepada kedutaan Jepun di beberapa negara di rantau ini, termasuk Singapura dan Filipina.

Sekiranya perlu untuk mengunjungi tempat-tempat ini, kedutaan menasihati warganya untuk memberikan perhatian penuh dan mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Terdahulu, jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tanee Sangrat, dalam ciapannya berkata, kedutaan Jepun di Thailand telah memaklumkan mengenai arahan daripada Kementerian Luar Jepun itu.

“Kedutaan memaklumkan ia adalah arahan daripada Kementerian Luar Jepun. Ia tidak boleh menghuraikan mengenai maklumat itu dan tidak spesifik di Thailand” katanya.

Pegawai kedutaan Jepun berkata buat masa ini terdapat kira-kira 31,000 warganya yang tinggal di Malaysia.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Amaran tsunami dikeluarkan agensi cuaca Jepun susulan gempa
October 9, 2023· Dunia
Tiada halangan import ikan dari Jepun, kata Mat Sabu
October 4, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok