Jenazah ustazah, dua anak dikebumi dalam satu liang

June 26, 2022 · Isu semasa

Jenazah tiga beranak yang lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling (sempadan Baling-Sungai Petani) semalam, selamat dikebumikan petang ini.

Terdahulu, jenazah Masyitoh Ibrahim, 37, dan dua anak lelakinya Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5 yang dibawa dengan ambulans Hospital Kulim tiba di rumah arwah ibu Masyitoh di Kampung Paya Kerchut, Alor Setar pada jam 4.05 petang selepas selesai proses bedah siasat.

Jenazah tiga beranak itu kemudian dibawa ke Masjid Az-Zaitun di sini untuk solat jenazah yang disertai kira-kira 200 jemaah termasuk suami Masyitoh, Sharudin Aziz, 51, dan anak sulung mereka Muhammad Ziyad Hadis, 10.

Jenazah tiga beranak itu dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Masjid Az-Zaitun pada pukul 5.45 petang.

Semalam, kereta Proton Persona yang dipandu Masyitoh dari arah Kuala Ketil menghala ke Sungai Petani terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam Sungai Muda.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat dalam kenyataan berkata punca kejadian masih disiasat dan kereta berkenaan akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan mekanikal termasuk brek. – Bernama

Berita berkaitan
Shahrir bayar penuh beli kereta Honda RM118,485 guna cek: Saksi
August 8, 2022· Isu semasa
Tiga warga asing maut, empat parah selepas kereta bertembung
July 8, 2022· Isu semasa
Masalah kesesakan lalu lintas tiada kesudahan?
June 12, 2022· Isu semasa
145 ketulan ganja ditinggal dalam kereta di pasar raya di Bangsar
June 7, 2022· Isu semasa
Popular
Permohonan Najib ‘cacat, pentingkan diri sendiri’, kata pendakwaan
August 15, 2022
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
August 15, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kejatuhan harga minyak, kadar faedah China jejas nilai ringgit
40 minit lalu · Isu semasa
Dewan Negara lulus empat RUU
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
2 jam lalu · Isu semasa
KKM mohon lebih banyak dana penjagaan kesihatan awam
2 jam lalu · Isu semasa
Skandal kapal tak siap: Bekas pegawai tinggi BNS didakwa esok
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
7 jam lalu
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok