‘Jenazah ibu berseri-seri dan harum’

June 6, 2022 · Isu semasa

Kematian seorang jemaah umrah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Jumaat lalu, mempunyai kisah tersendiri diceritakan anaknya selepas jenazah selamat dikebumikan.

Allahyarham Norasiah Awi, 53, dari Blok 4 Felda Lok Heng Selatan di Kota Tinggi, Johor, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lok Heng Barat selepas Isyak pada 4 Jun lalu.

Kematiannya turut mendapat ulasan penceramah bebas PU Amin yang menyatakan Allahyarham belum sampai di rumahnya dan masih menjadi tetamu Allah.

“Selagi belum sampai ke rumah, Al Marhumah masih berstatus tetamu Allah,” kata PU Amin sambil turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Sementara itu, seorang anak Allahyarham, Muhamad Norikhmal Ahmad memberitahu arwah ibunya memang mencemburui kisah jemaah yang meninggal dunia atau mati syahid di Makkah.

“..dan tidak sangka dia kembali kepada pencipta selepas pulang mengerjakan umrah,” kata guru tadika itu seperti dilapor BH.

Menceritakan lebih lanjut, Muhamad Norikhmal, 21, yang juga anak bongsu daripada lima beradik berkata, beliau tergamam apabila menerima panggilan pada jam 12 tengah hari Jumaat lalu daripada juruterbang yang memaklumkan ibunya, meninggal dunia.

Sebelum memulakan penerbangan pulang ke Malaysia, beliau berkata, ibunya ada membuat panggilan video menghubunginya dan adik-beradiknya menyatakan sudah berada di Jeddah dan ketika itu dalam keadaan baik dan langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Ibu ceria dan sempat menunjukkan beg yang berisi baju kotornya kepada kakak dan memberitahu dia akan pulang serta meminta semua anaknya berkumpul di rumah.

“Tidak sangka ia menjadi petanda ibu mahu meninggalkan kami dan memang semua kami berkumpul serta mengurus pengebumian arwah ibu pada jam 11 malam pada Sabtu lalu,” katanya.

Berita berkaitan: Jemaah umrah meninggal di KLIA

Sehari sebelum menerima berita sedih itu, Muhamad Norikhmal berkata, kucing kesayangan ibunya mati secara tiba-tiba dan beliau bermimpi ibunya berpakaian putih dan menyatakan ingin pergi jauh.

“Malah arwah ibunya juga sempat berpesan kepada adik-beradiknya supaya menjaga bapa dan sentiasa mengekalkan hubungan baik sesama sendiri.

“Saya tidak dapat melupakan sajian disediakan arwah ibu ketika sambutan hari lahir pada 6 Mei lalu iaitu rendang dan arwah juga menyatakan mahu berkumpul bersama semua anak pada Aidiladha.

“Ketika di Makkah, kami juga dimaklumkan bahawa arwah ibu membantu seorang jemaah warga emas sebilik dengannya ketika wanita berkenaan dalam keadaan tidak bermaya.

“Arwah ibu tiada sebarang sejarah penyakit termasuk kencing manis atau darah tinggi, tidak sangka dia yang aktif sepanjang masa dan gemar bersenam akhirnya meninggalkan kami sekeluarga,” katanya.

Muhamad Norikhmal berkata, ketika mengurus jenazah ibunya, wajah arwah juga didapati dalam keadaan berseri-seri, tersenyum dan berbau harum.

“Perjalanan terakhirnya adalah senang dan dalam keadaan seperti yang diimpikan itu selepas hajatnya mengerjakan umrah bersama abah tertunai.

“Kami berdoa semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan ibu tenang di sana,” katanya.

Berita berkaitan
Lesen Emraz Travel digantung Tabung Haji
April 2, 2023· Isu semasa
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023· Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
March 20, 2023· Isu semasa
Parlimen: Strategi hadapi kegawatan ekonomi jadi tumpuan hari ini
March 6, 2023· Isu semasa
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok