Jenayah siber, wanita lebih terdedah masuk jerat

October 2, 2021 · Isu semasa

Konsep bekerja dari rumah menuntut penggunaan peralatan digital dan perkhidmatan Internet untuk menjayakannya. Dengan situasi ini, ia mendedahkan para pekerja kepada risiko keselamatan siber yang melibatkan dirinya sendiri dan organisasi atau majikan.

Menurut pihak CyberSecurity Malaysia terdapat sebanyak 4596 laporan dibuat terhadap kes jenayah siber pada awal tahun ini setakat bulan April.

Begitu juga dengan laporan oleh pihak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu mesyuarat baru-baru ini mengatakan terdapat peningkatan kes jenayah siber ketika musim pandemik Covid-19 ini.

Pakar Perunding Kriminologi UKM dan Felo Bersekutu Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH), Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin, kesedaran tentang pelbagai jenis penipuan siber perlu dipertingkatkan.

Tambah Dr. Mohammad pelbagai isu jenayah siber seperti gangguan siber, buli siber, hendap siber dan menakutkan secara jenayah di bawah skop keganasan berdasarkan jantina secara atas talian telah banyak melibatkan wanita sebagai mangsa utama.

“Ini kerana wanita selalu dipilih menjadi mangsa utama dalam satu perbuatan keganasan berdasarkan jantina adalah kerana wanita dilihat sebagai jantina yang lemah, ketidakseimbangan kuasa antara jantina,” ,” katanya sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-59 secara maya baru-baru ini .

Majlis sambutan bertemakan Wanita Berjuang Menghapus Covid-19 anjuran bersama Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

“Penjenayah siber juga turut mengeksploitasi situasi pandemik Covid-19 untuk melakukan jenayah. Keadaan itu menunjukkan bahawa serangan boleh berlaku di mana saja membabitkan pengguna Internet tidak terkecuali faktor umur dan lokaliti.

“Pengguna yang tidak mengamalkan ‘kebersihan Internet’ pastinya akan menjadi sasaran dan tahun ini tidak terkecuali apabila situasi pandemik di beberapa negara termasuk Malaysia masih dalam keadaan tidak menentu.

“Adaptasi digitalisasi juga semakin rancak terutamanya di Malaysia dan pengguna diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penggunaan Internet dan tidak menekan mana-mana pautan yang meragukan,” ujarnya.

Justeru, beliau menasihatkan wanita agar  jangan mudah percaya, bertenang, bincang dengan ahli keluarga atau rakan sekiranya berhadapan dengan jenayah siber seperti ‘love scam’.

“Orang ramai perlu ingat media sosial bukan semua betul. Anda juga boleh menggunakan aplikasi true call, jangan kongsikan gambar anda dengan sesiapa termasuk kekasih, elakkan mengambil gambar yang tidak patut, amalkan kawalan kendiri, buat laporan polis sekiranya terganggu simpan bahan bukti,” katanya.

Golongan wanita juga digesa melengkapkan diri dengan ilmu keselamatan siber, disamping mereka perlu mempunyai pengetahuan mengenai perkara asas berkaitan keselamatan siber seperti kaedah membina kata laluan yang kukuh, memasang perisian antivirus pada gajet digital, log keluar daripada emel, media sosial dan bukan sekadar menutup pelayar web setiap kali selesai digunakan.

Selain itu, golongan wanita juga jangan sesekali klik pada pautan atau lampiran (imej dan video) dalam e-mel serta laman media sosial serta menggunakan rangkaian selamat apabila melakukan transaksi dalam talian (perbankan atau pembelian internet).

Berita berkaitan
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Rayuan wanita cabar keputusan murtad Mahkamah Syariah ditolak
August 28, 2023· Isu semasa
PMX kata hantar wanita sahaja lawan Azmin: Laporan
August 7, 2023· Politik
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
3 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
16 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok