Jenayah bitcoin meningkat mendadak tahun lepas

February 17, 2022 · Isu semasa

Jenayah melombong bitcoin haram menunjukkan peningkatan drastik pada tahun lepas apabila 570 kertas siasatan dibuka selain penahanan 528 orang dengan nilai rampasan berjumlah RM54 juta, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Beliau berkata jumlah itu amat tinggi apabila dibandingkan dengan statistik tahun sebelumnya yang merekodkan 20 kertas siasatan dibuka dan penahanan 26 orang dengan nilai rampasan RM1.26 juta, menurut laporan Bernama.

“Majoriti mereka yang ditahan merupakan golongan muda iaitu antara 18 hingga 30 tahun yang dipercayai mudah terjebak kerana tertarik dengan pendapatan lumayan secara mudah manakala suspek paling tua berusia 61 tahun.

“Polis juga telah membuka 20 fail di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) pada tahun lepas dan daripada jumlah itu, 10 individu dikenakan sekatan setakat ini,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan pelupusan barang kes kecurian elektrik bagi kegiatan bitcoin oleh Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua JSJ Pahang SAC Mohd Yusri Othman, Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB) Wan Nazmy Wan Mahmood dan Majistret Rompin Wahidah Zainal Abidin.

Berdasarkan statistik, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang merekodkan jumlah kes melombong bitcoin haram paling tinggi, kerana dapat berselindung di sebalik jumlah kawasan perindustrian yang banyak memandangan kegiatan itu banyak menggunakan tenaga elektrik.

“Kebanyakan suspek menggunakan premis perniagaan terpencil atau tersorok kerana kegiatan itu akan mengeluarkan bunyi bising dan haba panas selain akan kerap menyebabkan berlaku gangguan bekalan elektrik disebabkan penggunaan arus elektrik yang tinggi,” katanya.

Abd Jalil berkata polis juga akan berbincang dengan Pejabat Peguam Negara supaya pendakwaan terhadap kesalahan bitcoin haram lebih dibuat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara berbanding Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 yang membawa hukuman denda atau penjara, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Wan Nazmy berkata sebanyak 7,209 kes kecurian elektrik melibatkan premis bitcoin direkodkan selama tiga tahun bermula 2018 selain menyebabkan banyak kebakaran memandangkan aktiviti itu tidak mematuhi spesifikasi Suruhanjaya Tenaga dan TNB.

“TNB juga kini menggunakan dron yang berkeupayaan mengesan haba panas dari udara di premis yang disyaki mejalankan aktiviti mencuri elektrik bagi melombong bitcoin secara haram selain memantau kawasan yang merekodkan penggunaan elektrik terlalu banyak namun bacaan meter adalah rendah,” katanya.

Pasukan Special Engagement Against Losses (SEAL) TNB yang ditubuhkan sejak 10 tahun lepas juga menurut Wan Nazmy lebih diperkasakan sejak tiga tahun lepas, untuk membanteras kegiatan mencuri elektrik bagi kegiatan bitcoin haram.

Berita berkaitan
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
20 jam lalu· Isu semasa
Disiasat polis, MB Kedah sedia dokumen 1 beg
June 7, 2023· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
June 7, 2023· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
5 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok