Jemaah umrah meninggal di KLIA

June 4, 2022 · Isu semasa

Seorang jemaah umrah wanita yang baharu pulang dari Tanah Suci menghembuskan nafas terakhir sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini (4 Jun 2022).

Menurut mutawif bagi kumpulan jemaah umrah berkenaan, Zakariya Abd Rasip yang dimuat naik seorang wanita di Facebook berkata, jemaah berkenaan rebah dan pengsan sejurus keluar daripada pintu pesawat.

Menurutnya, mangsa dibantu oleh kru pesawat dan pasukan perubatan namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Alhamdulillah jenazah Allahyarhamah jemaah umrah kumpulan dua dari Kota Tinggi, Johor kembali ke rahmatullah selepas keluar pintu pesawat.

“Jenazah juga telah selamat diuruskan dengan kerjasama baik dari kru Malaysia Airlines (MAS), kakitangan dan polis KLIA,” catatnya di hantaran berkenaan.

Katanya, laporan juga sudah dibuat di pejabat imigresen dan Balai Polis KLIA serta jenazah sudah dihantar ke Hospital Serdang untuk urusan selanjutnya.

“Semoga Allah memuliakan Almarhumah husnul khatimah dan takziah buat seluruh keluarga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Imran Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Berita berkaitan
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
MOTAC tak hadir prosiding isu kecoh di KLIA
July 25, 2023· Isu semasa
Ahli PN dihalau, dilarang solat di masjid N.Sembilan
July 21, 2023· Politik
Bas macam ‘tin sardin’, Puad tanya menteri tak nak serbu KLIA?
July 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok