Jemaah umrah boleh kuarantin di kemudahan kerajaan jika mahu

January 4, 2022 · Isu semasa

Kerajaan memberi pilihan kepada jemaah umrah untuk memilih sama ada menjalani kuarantin di kemudahan di bawah seliaan kerajaan atau swasta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Menurutnya bagi penempatan kuarantin diuruskan kerajaan, individu dalam pemantauan (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) akan ditempatkan di hotel atau pusat latihan awam.

“Ia bergantung kepada ketersediaan bilik pada hari ketibaan. Bagi pilihan ini, kos urusan kuarantin ditanggung oleh kerajaan termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang.

“Tempoh kuarantin adalah seperti yang ditetapkan KKM,” katanya sambil menjelaskan mereka mempunyai pilihan sama ada berurusan terus dengan pihak swasta dengan merujuk senarai hotel disediakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Abdul Latif mengakui ramai jemaah umrah merungut berhubung kos tambahan dan berkemungkinan tidak selesa apabila diarah menjalani kuarantin.

Sabtu lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mengumumkan penangguhan sementara kebenaran umrah, berkuat kuasa 8 Januari ini susulan kebimbangan penularan varian Omicron.

Selain tiket penerbangan perjalanan umrah yang baharu ditangguhkan berkuat kuasa 1 Januari, semua jemaah diarah menjalani kuarantin wajib di stesen atau hotel dikenal pasti oleh NADMA bermula semalam.

Semalam, media melaporkan rungutan jemaah umrah yang pulang ke tanah air apabila mendakwa dikenakan kos penginapan menjangkau RM250 semalam dan tambang pengangkutan dari lapangan terbang ke stesen kuarantin.

Turut dibangkitkan ialah isu jemaah umrah tidak mempunyai pilihan hotel, sebaliknya terpaksa akur dengan senarai penginapan ditentukan pengurusan NADMA.

Dr Abd Latiff berkata, pihaknya mempunyai senarai pusat kuarantin untuk jemaah umrah sebaik mereka tiba di tanah air.

Berdasarkan senarai berkenaan, 10 hotel dikhaskan untuk stesen kuarantin jemaah di Kuala Lumpur, manakala lapan di Selangor.

Hotel di Kuala Lumpur ialah Hotel Royal; Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang; Hotel IBIS, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC); Hotel Furama, Bukit Bintang; Hotel Mercure, Kuala Lumpur Shaw Parade; IBIS Style KL Fraser Business Park; Hotel AnCasa; Hotel Cosmo; Hotel KIP dan Hotel Arena Star.

Penginapan hotel di Selangor ialah Hotel Sama-Sama; Hotel Grand Dorsett, Subang; Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya; Hotel Sunway Clio; Hotel Hilton Garden Inn, Puchong; Hotel Oriental Cyrstal; Hotel SUmmit, USJ dan Hotel Pegasus, Shah Alam.

Pusat kuarantin di institut latihan awam pula merangkumi Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT); Institut Aminuddin Baki (IAB) Nilai; Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi; Institut Semarak FELDA (ISEF) Bangi; Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Bangi; Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dan QS Hotel.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
15 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
15 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
15 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
21 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
14 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok