Jemaah perlu mahir guna telefon pintar jika mahu menunaikan umrah

October 20, 2021 · Isu semasa

Mahir menggunakan telefon pintar menjadi salah satu kewajipan sekiranya mahu mengerjakan umrah ketika ini.

Ini kerana, selain daripada syarat lain seperti sudah divaksin, bakal jemaah juga perlu memahirkan diri dengan penggunaan telefon pintar kerana hampir setiap pergerakan di Mekah memerlukan jemaah menggunakan aplikasi untuk mendaftar masuk ke setiap lokasi, jelas Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali.

“Kali ini banyak aktiviti di sana memerlukan penggunaan aplikasi, paling tidak pun para jemaah mesti ada peranti telefon pintar sendiri.

“Dari segi penggunaannya, mungkin perlu dirujuk kepada orang yang lebih muda sekiranya tidak tahu menggunakan telefon.

“Ini kerana, contohnya aktiviti tawaf, solat lima waktu di masjid, semua perlu tunjuk permit dan kad vaksinasi pada telefon masing-masing.

“Itu yang perlu kita tahu dan terima dulu sebelum kita membayar (caj umrah) dan meneruskan perjalanan,” katanya dalam laporan Astro Awani.

Sehubungan itu, Ruzman mengingatkan orang ramai agar memilih ejen pelancongan yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan pihak berwajib.

Ia penting bagi memastikan syarikat berkenaan tahu setiap penerbangan tidak dibenarkan untuk transit di mana-mana negara.

“Memang ada banyak ejen pelancongan, ada ribuan daripada mereka tetapi yang melesenkan umrah tidak terlalu banyak.

“Jadi pilihlah yang ada lesen, kemudian kita perlu tengok kepada penerbangan yang terus, kerana travel bubble (gelembung perjalanan) ini tidak boleh ada penerbangan transit di mana-mana,” ujar beliau lagi.

Selain itu, beliau turut menasihati orang ramai yang masih tidak bersedia untuk menunaikan umrah agar membuat penangguhan terlebih dahulu memandangkan ketika ini syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sangat ketat.

“Kalau kita rasa tidak bersedia atas apa jua sebab, lebih baik kita tunggu dulu sekejap dan tengok keadaan, saya yakin keadaan akan semakin bertambah baik.

“Cuma yang bagusnya pergi awal ini, jemaah tidak ramai lagi, agak lapang sedikit tempat untuk kita bertawaf yang bagusnya orang tidak ramai.

“Tetapi tidak bagusnya mungkin ada peraturan-peraturan ketat yang perlu kita patuhi,” ujar Ahmad Ruzman lagi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok