Jemaah Malaysia tiba di Madinah

June 5, 2022 · Isu semasa

Seramai 295 orang jemaah haji yang merupakan kumpulan pertama, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz kira-kira pukul 9.30 malam tadi waktu Malaysia.

Ketibaan mereka di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick yang terletak bersebelahan dengan perkarangan Masjid Nabawi disambut oleh Konsul Haji Mohammad Saimi Mat Som, Konsul di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Farah Syafina Bahari dan Ketua Canseri Konsulat Malaysia di Jeddah, Muhammad Hafiz Bahar.

Mohammad Saimi berkata Lembaga Tabung Haji (TH) amat bersyukur atas ketibaan itu, dan ia memecah kerinduan pada senario musim haji selepas dua tahun tertangguh, akibat pernularan wabak Covid-19.

“Kami mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada kepimpinan kerajaan Arab Saudi terutama penjaga dua kota suci Raja Salman Abdulaziz dan Putera Mahkota Mohamad Salman, di atas keputusan membuka ibadat haji kepada negara luar.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Kementerian luar, Syarikat Adila dan pihak berkuasa tempatan serta Kedutaan Malaysia di Arab Saudi, yang sentiasa membantu memudahkan apa juga peraturan-pertauran dan syarat syarat yang perlu dipatuhi dalam semua urusan jemaah haji Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita di Madinah.

Tambah beliau dengan ketibaan jemaah tersebut bermulalah operasi haji di Tanah Suci dan pihaknya akan terus memastikan kemudahan dapat diuruskan dengan baik dan teratur.

“Semua jemaah haji Malaysia perlu menjaga kesihatan dan kebersihan diri agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

Mereka juga perlu mengikuti segala nasihat dan prosesur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh petugas dari semasa ke semasa. Cuaca di Madinah agak panas yang mencecah 50 darjah celcius dan elakkan terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari” katanya.

Seramai 14,306 orang jemaah haji Malaysia akan menunaikan ibadat Rukun Islam kelima itu pada tahun ini dan mereka dijadualkan tiba di Madinah serta Makkah secara berperingkat. – Bernama

Berita berkaitan
Radzi wakili Malaysia di Persidangan UNESCO
June 28, 2022· Isu semasa
Tinjauan mengejut PM ke pasar raya lihat sendiri harga barang
June 26, 2022· Isu semasa
Kastam perketat kawalan, elak ganja dari Thai masuk ke Malaysia
June 25, 2022· Isu semasa
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
5 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
5 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok