Jemaah haji dapat keutamaan suntikan vaksin COVID-19

March 29, 2021 · Isu semasa

Kerajaan akan mengutamakan bakal jemaah haji dalam pemberian vaksin COVID-19, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, Tabung Haji akan menyerahkan senarai jemaah haji tahun ini mengikut jadual selepas menerima keputusan rasmi prosedur operasi standard (SOP) daripada kerajaan Arab Saudi.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Malaysia untuk menyediakan vaksin kepada jemaah haji jika ditetapkan sebagai wajib oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Apabila kita dapat ketetapan bahawa ia adalah wajib, kita akan bekerjasama dengan Tabung Haji untuk melihat kepada senarai yang diluluskan untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini, supaya mereka diutamakan dalam pemberian vaksin,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menteri Kesihatan Arab Saudi Dr Tawfiq al-Rabiah, sebelum ini dilaporkan berkata, vaksinasi COVID-19 adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu Julai nanti.

Sementara itu, Khairy berkata, fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang mengutamakan warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpenyakit kronik, akan bermula 19 April ini.

Beliau berkata, notis janji temu bagi suntikan vaksin akan diberikan mulai 5 April, dua minggu awal sebelum tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Khairy berkata, setakat 28 Mac, kira-kira dua juta individu dalam golongan fasa kedua telah berdaftar menerusi MySejahtera, daripada sasaran sembilan juta orang.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok