JAWI tak dakwa wanita buat komedi hina Islam hari ini

July 20, 2022 · Isu semasa

Seorang wanita membuat komedi di sebuah kelab yang didakwa menghina Islam dibebaskan hari ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Siti Nuramira Abdullah pada mula dijadualkan didakwa hari ini, bagaimanapun Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membebaskannya memandangkan pertuduhan di mahkamah sivil adalah lebih berat daripada hukuman diperuntukkan melalui tuduhan mahkamah syariah.

Pihak media dimaklumkan berhubung perkara tersebut semasa membuat liputan di mahkamah pagi tadi.

Peguam mewakili Siti Nuramira, R Sivaraj dan Syoffeeya Zainal Syahrir dalam kenyataan hari ini berkata, mereka menerima panggilan daripada pegawai JAWI jam 10 malam tadi yang memaklumkan wanita itu akan dibebaskan tanpa jaminan atau bon oleh JAWI dengan serta merta.

Menurut Hannann Syoffeeya, JAWI turut memaklumkan akan berhubung dengan Siti Nuramira atau pihaknya apabila sudah bersedia untuk meneruskan prosiding pendakwaan.

Sementara itu, pasukan peguam wanita terbabit berkata, mereka sudah bersedia untuk prosiding pendakwaan di mahkamah hari ini, bagaimanapun setakat jam 9 malam tadi, mereka tidak berjaya mendapatkan seorang penjamin untuk membantu Siti Nuramira.

Mereka hanya berjaya mendapatkan seorang akauntan dari London yang baru pulang ke Malaysia, namun peguam syarie berasa lelaki terbabit tidak sesuai menjadi penjamin, oleh itu mereka terus mencari penjamin yang sesuai.

Semalam, Siti Nuramira ditahan penguat kuasa JAWI selepas dibebaskan dengan jaminan berkaitan pertuduhan menghina Islam yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam ketika melakukan persembahan di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali membenarkan Siti Nuramira diikat jamin RM20,000 oleh seorang penjamin.

Pada hari yang sama, teman lelakinya V Alexander Navin mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Ringgit jatuh semula hari ini
December 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok