Jawatankuasa RCI Tabung Haji perlu dapat perkenan Agong

November 15, 2021 · Isu semasa

Senarai Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum diumumkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad.

Beliau berkata Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas telah membuat keputusan berhubung jawatankuasa berkenaan, menurut laporan Bernama.

“Kita tertangguh oleh sebab sebelumnya ada (ahli jawatankuasa) yang kita lantik, dia tak setuju dan sekarang ini, sudah pun ada persetujuan .

“Insya-Allah kita akan kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong dan selepas itu akan diisytiharkan jawatankuasa RCI ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berharap RCI berkenaan dapat melunaskan tugas dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Pada 14 Julai lepas, kerajaan bersetuju menubuhkan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai TH.

Penubuhan RCI antaranya bagi memastikan satu siasatan dalaman yang telus dan amanah dapat dilaksanakan demi memastikan TH telah menjalankan mandat dengan profesional dalam menguruskan wang deposit umat Islam.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Sultan Ibrahim berangkat bertemu Sultan Selangor dan Sultan Perak
October 28, 2023· Isu semasa
Al-Sultan Abdullah menamatkan tempoh pemerintahan 30 Jan, zahir penghargaan
October 26, 2023· Isu semasa
Popular
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok