Jawatankuasa Pilihan Khas mula prosiding isu tuntutan Sulu pada 11 Ogos

July 26, 2022 · Isu semasa

Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa akan memulakan prosiding berhubung isu Tuntutan Kumpulan Sulu ke atas Aset-aset Negara pada 11 Ogos, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 83(4) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Pengerusinya Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) berkata prosiding berhubung isu itu wajar dimulakan selepas beberapa usul yang dikemukakan beberapa Ahli Parlimen menurut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) ditolak untuk dibahas dalam Dewan Rakyat, lapor Bernama.

“Maka jawatankuasa ini telah berbincang dan berpandangan bahawa tuntutan itu (kumpulan Sulu) adalah isu yang sangat serius dan sekiranya tidak ditangani dengan baik berpotensi menjejaskan kepentingan negara.

“Sehubungan itu jawatankuasa ini mengambil keputusan, selaras peranannya seperti ditetapkan oleh Dewan Rakyat untuk menjalankan peranan semak dan imbang terhadap tindakan kerajaan serta memartabatkan institusi demokrasi berparlimen,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata sebagai permulaan, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipanggil bagi menghadiri prosiding itu.

Jawatankuasa itu turut dianggotai Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas), Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort), Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat), Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu), Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru), Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) dan Awang Husaini Sahari (PH-Putatan).

Berita berkaitan
Speaker putuskan tiada kekosongan di empat kerusi bekas ahli Bersatu Sabah
January 16, 2023· Politik
Wan Saiful bidas MP kerajaan suka melolong dalam Dewan Rakyat
December 24, 2022· Politik
UMNO lebih kuat bersama PH-DAP, kata Nur Jazlan yang kalah PRU-15
December 18, 2022· Politik
Akta Larangan Bertukar Parti terpakai terhadap 4 Ahli Parlimen Sabah, ini penjelasan
December 11, 2022· Politik
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Hakim baharu dalam rayuan bekas menteri Sabah terhadap sabitan dan hukuman
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hujan berterusan di Pantai Timur, Johor sampai Isnin
2 minit lalu · Isu semasa
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
8 jam lalu · Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
18 jam lalu · Isu semasa
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
24 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
12 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok