Jawatankuasa perkasa Mahkamah Syariah diwujudkan semula

June 23, 2022 · Isu semasa

Kerajaan mewujudkan semula Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) bagi mempertingkat dan memartabatkan sistem perundangan Syariah secara holistik selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, mengumumkan perlantikan 12 tokoh sebagai ahli jawatankuasa berkenaan yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha.

“Kerajaan amat yakin dengan kewibawaan serta pengalaman luas beliau dalam pentadbiran hal ehwal Islam akan membantu usaha kerajaan untuk memperkukuh institusi kehakiman syariah,” katanya.

Antara tokoh lain yang turut dilantik ialah Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.

Idris berkata kerajaan yakin dengan kewibawaan mereka yang dilantik untuk berusaha, menjalankan kajian dan memberikan cadangan akan membawa kepada penambahbaikan serta transformasi institusi mahkamah syariah negara.

“Selamat menjalankan amanah ini dengan sepenuh hati demi agama, negara dan ummah. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan pedoman dalam setiap tindakan yang dilaksanakan,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan JKMMS ditubuhkan pada Ogos 2017 setelah dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri ketika itu.

Namun, jawatankuasa tersebut dihentikan apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Berita berkaitan
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
June 8, 2023· Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023· Isu semasa
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023· Politik
Jangan diulang peristiwa 13 Mei, pesan Hadi
June 7, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok