Jawatan khas siasat kematian Adib berita gembira buat negara, kata bapa

October 9, 2021 · Isu semasa

Keputusan kerajaan mewujudkan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim adalah berita gembira yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia.

Bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 65, berkata penubuhan jawatankuasa itu disifatkannya memberi sinar baru kepada keluarganya sejak sekian lama menantikan pembelaan bagi kematian anaknya itu.

“Ini menunjukkan kerajaan sudah mula mengambil berat dengan apa yang berlaku terhadap arwah. Perkara ini juga merupakan berita gembira buat seluruh negara kerana mereka juga tidak pernah putus berdoa untuk arwah dan keluarga saya.

“Tapi, apa yang saya harap ialah bila sudah tubuh jawatankuasa itu mereka yang terlibat perlulah bersungguh-sungguh, takut nanti senyap pula,” katanya dalam laporan Bernama hari ini.

Mohd Kassim juga berkata, penubuhan jawatankuasa khas tersebut memang ditunggu-tunggu sejak dulu lagi dan semestinya memberi sedikit kelegaan kepada keluarganya yang sentiasa merindukan arwah Muhammad Adib.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat Jemaah Menteri semalam memutuskan untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya dapat dijalankan dalam kes kematian Muhammad Adib.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut dianggotai Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya mengalami kecederaan parah ketika berada di lokasi kejadian rusuhan di luar Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018.

Muhammad Adib meninggal dunia pada 17 Dis 2018 selepas 21 hari bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib adalah perbuatan jenayah dilakukan lebih dua individu tidak dikenali.

Berita berkaitan
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
November 29, 2023· Isu semasa
KL banjir: 19 mangsa tinggal di Chow Kit dipindah ke PPS
October 11, 2023· Isu semasa
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok